Sabtu, 7 Februari 2009

PROSES GEOMORFOLOGI DALAM ALUR SUNGAI

TEMA : SISTEM GEOMORFOLOGI
NOTA RINGKAS
A) LEMBANGAN SALIRAN
Pada penghujung topik ini, murid dapat :
1. Memberi makna lembangan saliran.
2. Dapat mengira kepadatan saliran.

Konsep
Huraian
Lembangan Saliran
Merupakan kawasan tadahan sesuatu sungai disempadani legeh.
Kepadatan Saliran
Formula : Jumlah panjang sungai dibahagi dengan
Keluasan lembangan saliran
*Kira jumlah panjang semua sungai atas peta topografi
*Kira keluasan kawasan lembangan saliran – gunakan kaedah petak


B) HAKISAN
Pada penghujung topik ini, murid dapat :
1. Mentakrifkan makna hakisan dan membezakan hakisan permukaan dan hakisan dalam alur.
2. Menghuraikan jenis-jenis dan cara-cara hakisan serta bentuk muka bumi yang terhasil.
3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tindakan hakisan dalam alur.

Hakisan ialah
Proses penghausan atau pengukiran muka bumi dengan pemindahan keluar oleh agen-agen seperti air mengalir dan ombak.

HAKISAN PERMUKAAN
Hakisan permukaan
Proses penghausan atau pengukiran muka bumi yang berlaku kerana pergerakan air di permukaan sebelum masuk ke dalam alur.

JENIS
1. Percikan hujan
Pencungkilan tanah di muka bumi yang disebabkan daya yang wujud dari titisan hujan. Pencungkilan tanah ini boleh menghakiskan permukaan dengan menghasilkan banyak lekukan.

2. Kepingan/Meluas
Kepingan tanah yang terhakis di permukaan yang homogen oleh larian permukaan.

3. Galir
Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang kecil . Bahan –bahan peroi diangkut bersama aliran air dan ini akan menambahkan hakisan permukaan cerun.

4. Galur
Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang besar. Tenaga kinetik wujud apabila air bergerak dari atas cerun bersama bahan-bahan peroi ke bawah cerun..


HAKISAN DALAM ALUR

I. JENIS
1. Mendalam
Hakisan oleh tindakan sungai ke dasar. Biasanya berlku di bahagian hulu sungai kerana air mengalir dengan deras di bahagian hulu sungai menyebabkan hakisan menegak bertindak di dasar alur sungai dan membentuk lurah yang sempit dan dalam dengan tebing yang curam dinamakan lurah V.
2. Melebar
Hakisan oleh tindakan sungai ke tebing/sisi. Hakisan berlaku pada sungai yang tidak begitu curam tetapi isi padu air yang semakin banyak. Hakisan ini amat berkesan terutama apabila berlaku banjir.

3. Mengundur/
Memanjang
Hakisan oleh tindakan sungai di hulu atau di bahagian hilir semasa kejatuhan aras laut/ proses balik muda. Secara umumnya berlaku di bahagian hulu sungai dan bahagian-bahagian yang tidak mempunyai mempunyai ketidakrataan dasar.

II. CARA

1. Hidraul
Kuasa pencungkilan tanah dalam alur oleh kuasa air mengalir itu sendiri tanpa bantuan beban. Tenaga kinetik yang terhasil daripada aliran sungai itu berupaya menjalankan kerja hakisan.

2. Geseran/lelasan
Hakisan terhadap tebing dan dasar secara dilelas oleh beban yang dibawa dalam sungai. Apabila sungai mengalir dengan membawa bersama beban seperti batu kelikir atau pasir , beban itu akan bergeser dan menghakis pada permukaan alur yang dilaluinya.

3. Lagaan
Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh sungai apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain. Beban yang dibawa adalah berlainan saiz dan bentuk maka kelajuannya juga berbeza semasa bergerak ini akan menyebabkan perlangggaran dan akhirnya terhakis.

4. Larutan
Hakisan dalam alur yang berlaku apabila tanah dalam alur itu terlarut apabila air sungai mengalir terutamanya di kawasan batu kapur atau kawasan tanah liat.

III. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN

1. Halaju air
Semakin deras /laju aliran air tenaga kinetik yang terhasil juga tinggi. Keupayaan melakukan kerja sungai juga tinggi maka kadar hakisan meningkat.

2. Kecerunan
Semakin curam sesuatu cerun tindakan daya graviti juga tinggi maka halaju sungai juga akan tinggi . Ini meningkatkan tenaga kinetik maka kadar hakisan meningkat.
.
3. Bentuk alur /
Geometri sungai
Bentuk alur sungai yang semakin lurus akan melancarkan aliran sungai ini akan meningkatkan kadar hakisan kerana tiada halangan yang boleh menyekat kederasan aliran sungai.
Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat.

4. Jenis batuan
Kawasan yang diliputi batuan yang keras seperti batuan igneus yang tahan terhadap hakisan akan mengurangkan kadar hakisan. Kawasan batu kapur yang lebih lembut lebih mudah dihakis maka kadar hakisan meningkat.

5. Bahan Muatan
Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan secara lelasan akan meningkat.

IV.BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN SUNGAI
1. Air terjun
Air terjun terbentuk apabila aliran air yang berubah gradien secara tiba-tiba akibat daripada kadar hakisan yang berbeza dalam alur tersebut.

2.Jeram
Bentuk muka bumi yang terhasil kerana hakisan di dasar terhadap batuan yang berbeza kekerasan secara menegak . Batuan keras yang tertonjol membentuk jeram di dasar sungai.

3. Lubuk sungai
Hakisan di dasar sungai melalui pusaran air terhadap batuan yang merekah atau lembut di dasar sungai.

C) PENGANGKUTAN
Pada penghujung topik ini murid boleh :
1. Memberi takrif proses pengangkutan secara umum.
2. Menerangkan cara-cara pengangkutan sungai
3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan sungai .

Konsep
Huraian
Pengangkutan merupakan
Pemindahan bahan-bahan terluluhawa/terhakis dari satu tempat ke tempat yang lain oleh agen seperti air mengalir,sungai dan ombak.

PENGANGKUTAN SUNGAI
I. CARA PENGANGKUTAN SUNGAI
1. Golekan
Bahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar sungai.

2. Loncatan/seltasi
Butiran-butiran batuan yang kecil seperti batu lada dan pasir kasar yang dijulangkan oleh arus sungai sebelum jatuh semula akibat tarikan graviti dalam alur.

3. Ampaian
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam air.

4. Apungan
Bahan-bahan yang mempunyai ketumpatan yang rendah di angkut di permukaan air secara terapung-apung.

5. Larutan
Batuan yang bersifat larut dalam air seperti batu kapur dan garam batuan akan terlarut dalam sungai dan diangkut dalam bentuk larutan.

II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI
1. Isipadu
Semakin banyak isipadu air semakin tinggi kadar pengangkutan sungai, contohnya semasa banjir isipadu air bertambah dengan ini daya mengangkut juga meningkat.

2. Saiz bahan
Saiz bahan akan menentukan cara pengangkutan. Batuan yang berat dan besar akan digerakkan secara golekan, yang sederhana secara loncatan dan saiz halus secara ampaian.

3. Cerun
Semakin curam sesuatu cerun semakin tinggi halaju aliran sungai maka kuasa mengangkut dan kadar pengangkutan juga tinggi.

4. Halangan
Halangan seperti akar atau binaan di sepanjang sungai akan menyebabkan kadar pengangkutan sungai rendah kerana kuasa mengangkut akan tersekat.

5. Bentuk Alur
Alur berbentuk ‘V’, tumpuan tenaga yang kuat di dasar maka kadar pengangkutan secara loncatan tinggi, alur berbentuk ‘ U’ tumpuan tenaga berkurangan pengangkutan cara ampaian dan apungan banyak berlaku.


D) PEMENDAPAN
Pada penghujung topik ini murid boleh :
1. Memberi takrif proses pemendapan secara umum.
2. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pemendapan sungai serta
bentuk muka bumi yang terhasil.
Konsep/tajuk
Huraian
Pemendapan merupakan
Proses yang berlaku apabila bahan - bahan muatan menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti air mengalir, sungai dan ombak.

PEMENDAPAN SUNGAI
I. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN SUNGAI
1. Isipadu
Peningkatan isipadu air, kadar pemendapan juga meningkat di bahagian tebing sungai.

2. Bahan muatan
Jumlah bahan muatan yang banyak - menyebabkan keupayaan mengangkut berkurangan dan kadar pemendapan meningkat.

3. Kecerunan
Semakin curam alur kadar pemendapan berkurangan, semakin landai alur kadar pemendapan akan meningkat.

4. Bentuk alur
Kadar pemendapan tinggi di bahagian cembung sungai kerana kuasa mengangkut terhalang.

5. Halangan
Semakin banyak halangan seperti akar pokok atau binaan kadar pemendapan akan bertambah kerana proses pengangkutan terhalang.

II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN SUNGAI
1. Dataran Banjir/ mendap
Bentuk muka bumi yang terhasil di tebing sungai akibat longgokan bahan-bahan yang termendap akibat limpahan air sungai di kedua-dua belah tebing sungai.

2. Tasik Ladam
Hakisan berterusan di bahagian cekung sungai dan pemendapan yang berterusan di bahagian cembung sungai boleh menyebabkan likuan sungai terpenggal dan akhirnya menjadi tasik ladam.

3. Tetambak
Berlaku terutamanya selepas kejadian banjair. Longgokan bahan-bahan yang lebih kasar di bahagian tebing sungai semasa limpahan sungai berlaku.

4. Delta
Terbentuk di muara sungai apabila sungai hilang tenaga mengangkutnya kerana bertembung dengan laut. Semua bahan yang diangkut oleh sungai dimendapkan. Pemendapan oleh sungai mestilah melebihi kadar hakisan oleh ombak laut. Semakin panjang sungai semakin banyak bahan hakisan yang dibawa dan semakin banyak yang dimendapkan di muaranya membentuk delta.

CONTOH –CONTOH SOALAN HASIL TINDAKAN SUNGAI
1. a) Apakah yang dimaksudkan profil rentas sungai dan profil panjang sungai? [5]
PROFIL RENTAS SUNGAI
Bentuk sungai yang dilihat dari tebing ke tebing sesebuah sungai dan dilihat dari pandang depan.

PROFIL PANJANG SUNGAI
Bentuk sungai yang dilihat dari hulu ke hilir sesebuah sungai dan dilihat dari pandang sisi.

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju sungai . [10]
Isi
Huraian
1. Kecerunan
Semakin curam - halaju semakin tinggi.

2. Halangan
Halangan seperti tumbuhan atau binaan akan memperlahankan halaju.

3. Isipadu
Hujan yang lebat meningkatkan isipadu dan halaju air meningkat.

4. Beban
Jumlah beban yang banyak akan mengurangkan halaju air.

5. Bentuk alur
Aliran sungai yang lurus meningkatkan halaju air


c) Jelaskan kesan proses pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia. [10]
Kesan/bentuk
Aktiviti
1.Dataran mendap
Pertanian –tanih alluvium – subur.
Akuakultur- buat kolam ikan .

2. Tasik Ladam
Akuakultur – ternak ikan dalam sangkar.
Rekreasi – aktiviti air seperti kayak, memancing.

3. Tetambak
Petempatan – untuk mendirikan rumah – bebas banjir.
Pengangkutan – bina jalan raya – bebas banjir.

4. Delta
Pertanian – tanih alluvium – subur - padi, kelapa.

5. Beting pasir
Perlombongan – pasir

b) Mengapakah kepadatan saliran berbeza-beza antara satu lembangan dengan
lembangan yang lain. [8]
Faktor/Isi
Huraian
1. Hujan/Isipadu
Hujan yang lebat meningkatkan pembentukan alur-alur sungai. Kepadatan sungai tinggi

2.Tanah rata/bukit
bukau.
Kawasan yang berbukit bukau menghasilkan banyak alur-alur sungai menuruni cerun- kepadatan tinggi. Tanah pamah menghadkan pembentukan alur – kepadatan rendah.

3. Litupan tumbuhan
Tumbuhan yang padat mengurangkan larian permukaan , meningkatkan resapan – kepadatan rendah.

4. Kekerasan batuan
Batuan yang keras sukar dihakis – kepadatan rendah
Batu yang telap air resapan tinggi - kepadatan rendah
Batu yang lembut mudah terhakis – kepadatan tinggi.


c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengubah kepadatan saliran di sesuatu kawasan. [10]
Aktiviti
Huraian
1. Pertanian
Pembinaan parit /terusan – kepadatan meningkat

2. Pembalakan
Pendedahan permukaan bumi – meningkatkan pembentukan alur – kepadatan meningkat.

3. Perlombongan
Mewujudkan tasik/takungan air – timbus sungai – kepadatan menurun

4. Empangan
Alur sungai tenggelam – kepadatan rendah

5. Kerja melurus sungai
Alur sungai menjadi pendek -kepadatan rendah.

1 ulasan: