Selasa, 10 Februari 2009

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN GEOMORFOLOGI

1. a) Jelaskan secara ringkas jenis-jenis sistem gunung lipat di dunia. [5]

Huraian
Gunung lipat tua kalidonia
-Terbentuk lebih 350juta tahun dahulu. Meliputi kawasan
di benua Eropah barat.
Gunung lipat tua hercynia
-Terbentuk lebih 270 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan tanah tinggi Appalachian ,banjaran pemisah Australia.
Gunung lipat muda alps-himalaya
-Terbentuk lebih 35juta tahun dahulu . Meliputi kawasan sekitar mediterannean, banjaran himalaya, banjaran besar Malaysia.
Gunung lipat muda lingkaran pasifik
-Terbentuk lebih kurang 35 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan dari Amerika Selatan sehingga ke Alaska sehingga ke Jepun dan Filipina

b) Terangkan proses pembentukan lipatan kerak bumi. [10]

Huraian
Punca tenaga arus perolakan lapisan mantel
-Arus perolakan dalam mantel akan menghasilkan daya mampatan dan daya tarikan ke dalam bumi apabila sel-sel perolakan bertemu dan bergerak ke bawah. Daya ini akan memampatkan kerak bumi sehingga menghasilkan kedutan.

Pertembungan antara plat benua.
-Pertembungan antara plat benua akan menyebabkan salah satu plat termusnah dan satu lagi akan terjulang ke atas membentuk kawasan gunung lipat. Contohnya apabila plat India bertembung dengan plat Eurasia membentuk banjaran Himalaya.


c) Huraikan kepentingan tanah tinggi terhadap alam sekitar. [10]

A) Kepentingan terhadap alam sekitar fizikal

Punca aliran air/sungai
-Tanah tinggi merupakan legeh yang menjadi punca bagi sistem saliran. Juga memisahkan satu lembangan saliran dengan satu lembangan saliran yang lain.

Suhu
-Pertambahan ketinggian akan menyebabkan penurunan suhu di sesuatu kawasan . Oleh itu di kawasan tanah tinggi suhunya rendah.

Kepelbagaian tumbuhan
-Kawasan tanah tinggi akan mempengaruhi jenis dan taburan tumbuhan mengikut ketinggian.

Proses Geomorfologi
-Tanah tinggi meningkatkan proses pergerakan jisim terutama di kawasan yang gondol kerana kawasan tanah tinggi merupakan kawasan yang bercerun.

Halangan angin / lindungan
-Kawasan tanah tinggi akan menghalang tiupan angin dengan ini melambatkan kelajuan angin. Kawasan tanah tinggi yang menghadap angin lembap akan menyebabkan hujan bukit dan mewujudkan kawasan lindungan hujan.

B) Kepentingan terhadap alam sekitar manusia.

Pertanian
-Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman hawa sederhana seperti sayuran, buah-buahan dan teh. Contoh : Cameron Highland

Pelancongan
-Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang nyaman akan menarik pelancong. Contoh : Genting Highland , Gunung Kinabalu.

Tadahan air /empangan/ KHE
-Kawasan tanah tinggi sesuai dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang boleh menjana hidroelektrik seperti Empangan Kenyir.

Sempadan politik
-Kawasan tanah tinggi juga boleh dijadikan sempadan politik yang memisahkan sesuatu negeri atau negara. Contoh : Banjaran Himalaya memisahkan Tibet dengan Nepal.

Komunikasi
-Tanah tinggi sesuai dibina stesen pemancar dan rumah api. Contoh di puncak Gunung Ledang.


2. a) Apakah yang dimaksudkan luluhawa dalaman. [5]
Luluhawa dalaman ialah penguraian batuan oleh tindakan kimia secara insitu di
bawah permukaan bumi. Ia bertindak secara mendalam. Ia dominan di kawasan
tropika lembap dan menghasilkan regolit yang tebal.

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi kadar luluhawa dalaman di sesuatu kawasan [10]

HURAIAN
Hujan
-Semakin banyak hujan yang diterima kadar luluhawa dalaman meningkat. Jumlah hujan yang banyak menggalakkan tindakan kimia .Contoh di kawasan tropika lembap yang hujannya melebihi 2000mm sepanjang tahun menghasilkan regolit yang tebal.

Tumbuhan
-Semakin banyak tumbuhan kadar luluhawa dalaman meningkat. Reputan tumbuhan membantu dalam menguraikan batuan melalui tindakan asid biotic (proses chelasi). Tumbuhan juga menggalakkan susupan air ke dalam tanah.

Kecerunan
-Semakin landai sesuatu permukaan semakin tinggi kadar luluhawa dalaman. Kerana cerun yang landai akan meningkatkan kadar penyusupan air .

Jenis batuan
-Batuan yang mengandungi mineral yang mudah terluluhawa seperti besi dan feldspar kadar luluhawa dalaman tinggi.

Kestabilan tektonik
-Semakin kurang gangguan tektonik di sesuatu kawasan semakin tinggi kadar luluhawa dalaman. Tindakan luluhawa ke dalam tidak terganggu dan bahan regolit yang terhasil tidak dipindah keluar. Ini akan menghasilkan regolit yang tebal.


c) Huraikan pengaruh luluhawa terhadap kehidupan manusia. [10]

HURAIAN
Pertanian
-Tindakan luluhawa menghasilkan regolit . Ini memudahkan aktiviti bercuck tanam.

Pelancongan
-Tindakan luluhawa menghasil pandang darat kars (gua batu kapur) yang menarik . Ini boleh menarik pelancong.

Sumber mineral
-Tindakan luluhawa menghasilkan mineral seperti garam batu, timah alluvium menggalakkan aktiviti perlombongan.

Perindustrian
-Tindakan luluhawa menghasilkan bahan mentah untuk industri seperti tanah liat untuk membuat seramik dan batu bata.

Pembinaan
-Tindakan luluhawa menghasilkan bahan binaan seperti pasir . Ketebalan regolit yang terhasil menentukan kedalaman pemasangan cerucuk dalam pembinaan.



3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kegagalan cerun ? [5m]
Kegagalan cerun merujuk kepada ketidakstabilan cerun . Cerun gagal mengekalkan keseimbangan sehingga menyebabkan pergerakan secara aliran lambat atau aliran cepat. Contohnya seperti berlaku kejadian tanah runtuh.

PINGGIR PANTAI

KONSEP PINGGIR PANTAI
HURAIAN
1.Pinggir pantai
Meliputi kawasan yang mengandungi pesisir pantai, perairan pinggir laut dan kawasan pesisir belakang yang mengalami pengaruh laut. Ia merupakan zon yang berada antara aras surut yang rendah dan aras pasang yang luar biasa dan juga ombak ribut.

2. Profil Pantai Seimbang
Cerun pantai yang mengandungi bahan yang telah dipindahkan dan tidak pula kengalami kehilangan bahan yang terlalu banyak iaitu apabila kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama.


PROSES-PROSES DI PINGGIR PANTAI
Pada penghujung topik ini, murid dapat :
1. Menghuraikan cara-cara hakisan pinggir pantai.
2. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan , pengangkutan dan pemendapan pinggir pantai
3. Menerangkan bentuk muka bumi yang terhasil akibat tindakan ombak.
4. Menghuraikan langkah-langkah untuk mengawal hakisan ombak

A) HAKISAN PINGGIR PANTAI

I. CARA HAKISAN
1. Hidraul
Pemampatan dan perlepasan tekanan udara terhadap dinding rekahan di tebing akibat damparan dan unduran ombak.

2. Geseran/lelasan
Hakisan terhadap tebing dan dasar laut akibat dilelas oleh beban yang dibawa dalam laut.

3. Lagaan
Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh ombak apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain.

4. Larutan
Hakisan yang berlaku apabila dinding tebing terlarut akibat terkena air laut. Misalnya kawasan batu kapur.

II. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN
1. Jenis Ombak
i. Ombak pembinasa - kadar hakisan tinggi
- damparan yang kuat dan unduran yang kuat.
- puncak ombak tinggi jarak ombak pendek.
ii.Ombak pembina – kadar hakisan rendah
- damparan yang kuat tapi unduran yang rendah
- puncak ombak rendah jarak ombak panjang

2. Jenis Arus
i. Arus seret membawa bahan-bahan dari pinggir pantai ke luar
melalui bahagian sebelah bawah air laut – hakisan meningkat

ii. Arus tempur membawa bahan-bahan dari pinggir pantai yang
berteluk ke luar pantai – hakisan meningkat.

iii. Arus pesisir pantai terbentuk oleh ombak yang datang ke
pantai secara menyerong. Sebahagian daripada tenaga dan
lajakan ombak akan berubah haluan dan menyusuri sepanjang
pantai. – melengkapkan proses hakisan.

3. Cerun pantai
Pantai yang curam menyebabkan ombak pecah berhampiran dengan pesisiran pantai – tenaga ombak tinggi – hakisan meningkat.

4. Jenis batuan
Batu yang keras seperti granit dan gabro – tahan terhadap hakisan – kadar hakisan rendah.

5. Tumbuhan
Tumbuhan seperti bakau – melindungi pantai – mengurangkan hakisan.

III. BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN DI PINGGIR PANTAI
1. Tebing tinggi
Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada rekahan di tebing.

2. Batu bonjol/ batu
mandi
Gerbang laut yang telah runtuh dan dihakis berterusan oleh ombak meninggalkan batu bonjol/sisa/mandi yang mungkin dilihat semasa air surut.

3 Teluk dan tanjung
Terhasil apabila ombak menghakis pada daratan yang mempunyai kekerasan batuan yang berbeza. Batuan keras yang tahan terhadap hakisan akan menganjur ke laut membentuk tanjung dan batuan lembut yang terhakis akan membentuk satu lekukan menjadi teluk.

IV. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI
1. Tembok batu
Timbunan batu di tebing pinggir pantai untuk mengelakkan ombak memecah pada tebing pantai.

2. Tembok pemecah Ombak
Dibina di luar pantai untuk memecahkan ombak dan mengurangkan kelajuan ombak sebelum sampai ke pantai.

3. Pembinaan groin

Menyekat pergerakan arus pesisir dari membawa bahan mendak yang telah dihakis oleh ombak dari diangkut ke tempat-tempat lain.

4. Tumbuhan
Pokok bakau ditanam untuk mengurangkan kuasa ombak dan melindungi pantai.

5. Undang-undang
Mengenakan denda yang berat kepada mereka yang menjalankan pembalakan secara haram terhadap pokok bakau.

B) PENGANGKUTAN
I. CARA PENGANGKUTAN OMBAK
1. Golekan
Bahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar laut oleh ombak

2. Hanyutan pesisir pantai
Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir selari dengan pantai.

3. Ampaian
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam laut.

4. Seretan
Bahan-bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas pantai ke luar pantai oleh arus seret.

II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN OMBAK
1. Tenaga arus
Arus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat yang lebih jauh.

2. Saiz bahan
Semakin berat dan besar bahan yang diangkut kadar pengangkutan menjadi lemah.

3. Orientasi pantai
Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses pengangkutan

4. Halangan
Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses pengangkutan.

5. Tenaga ombak
Ombak pecah menyeret bahan-bahan ke arah pantai dan unduran ombak menarik balik setengah daripada bahan tersebut.
Ombak yang serong mengangkut bahan di sepanjang pantai
Jika tenaga ombak hilang, proses pengangkutan terhenti.


C) PEMENDAPAN DI PINGGIR PANTAI
I FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
1. Tenaga ombak
Ombak pembina akan menggalakkan proses pemendapan.

2. Bahan muatan
Bahan muatan dari daratan dan laut akan meningkatkan proses pemendapan.

3. Angin
Menggalakkan pemendapan bahan-bahan di bahagian belakang pinggir pantai contohnya dune.

4. Orientasi pantai
Pantai yang landai dan terlindung akan menggalakkan proses pemendapan.

5. Halangan
Pokok dan binaan seperti groin dan tembok pemecah ombak menggalakkan pemendapan di bahagian belakang halangan.

II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
1. Pantai
Longgokan bahan-bahan peroi seperti pasir, kelodak yang terdapat memanjang antara takat air surut paling rendah dan takat yang paling tinggi dicapai ombak ribut.
2. Anak tanjung
Satu beting pasir dengan pangkalnya bersambung di daratan dan hujungnya menganjur ke laut. Ia terhasil melalui lanjutan hanyutan pesisir.

3. Beting luar pantai
Beting luar pantai (off-shore) terbentuk selari dengan garisan pantai . Terbentuk melalui tindakan ombak yang menyeret bahan-bahan dari laut ke arah pantai. Bahan-bahan tersebut dimendapkan di zon ombak pecah.

Sabtu, 7 Februari 2009

PROSES GEOMORFOLOGI DALAM ALUR SUNGAI

TEMA : SISTEM GEOMORFOLOGI
NOTA RINGKAS
A) LEMBANGAN SALIRAN
Pada penghujung topik ini, murid dapat :
1. Memberi makna lembangan saliran.
2. Dapat mengira kepadatan saliran.

Konsep
Huraian
Lembangan Saliran
Merupakan kawasan tadahan sesuatu sungai disempadani legeh.
Kepadatan Saliran
Formula : Jumlah panjang sungai dibahagi dengan
Keluasan lembangan saliran
*Kira jumlah panjang semua sungai atas peta topografi
*Kira keluasan kawasan lembangan saliran – gunakan kaedah petak


B) HAKISAN
Pada penghujung topik ini, murid dapat :
1. Mentakrifkan makna hakisan dan membezakan hakisan permukaan dan hakisan dalam alur.
2. Menghuraikan jenis-jenis dan cara-cara hakisan serta bentuk muka bumi yang terhasil.
3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tindakan hakisan dalam alur.

Hakisan ialah
Proses penghausan atau pengukiran muka bumi dengan pemindahan keluar oleh agen-agen seperti air mengalir dan ombak.

HAKISAN PERMUKAAN
Hakisan permukaan
Proses penghausan atau pengukiran muka bumi yang berlaku kerana pergerakan air di permukaan sebelum masuk ke dalam alur.

JENIS
1. Percikan hujan
Pencungkilan tanah di muka bumi yang disebabkan daya yang wujud dari titisan hujan. Pencungkilan tanah ini boleh menghakiskan permukaan dengan menghasilkan banyak lekukan.

2. Kepingan/Meluas
Kepingan tanah yang terhakis di permukaan yang homogen oleh larian permukaan.

3. Galir
Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang kecil . Bahan –bahan peroi diangkut bersama aliran air dan ini akan menambahkan hakisan permukaan cerun.

4. Galur
Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang besar. Tenaga kinetik wujud apabila air bergerak dari atas cerun bersama bahan-bahan peroi ke bawah cerun..


HAKISAN DALAM ALUR

I. JENIS
1. Mendalam
Hakisan oleh tindakan sungai ke dasar. Biasanya berlku di bahagian hulu sungai kerana air mengalir dengan deras di bahagian hulu sungai menyebabkan hakisan menegak bertindak di dasar alur sungai dan membentuk lurah yang sempit dan dalam dengan tebing yang curam dinamakan lurah V.
2. Melebar
Hakisan oleh tindakan sungai ke tebing/sisi. Hakisan berlaku pada sungai yang tidak begitu curam tetapi isi padu air yang semakin banyak. Hakisan ini amat berkesan terutama apabila berlaku banjir.

3. Mengundur/
Memanjang
Hakisan oleh tindakan sungai di hulu atau di bahagian hilir semasa kejatuhan aras laut/ proses balik muda. Secara umumnya berlaku di bahagian hulu sungai dan bahagian-bahagian yang tidak mempunyai mempunyai ketidakrataan dasar.

II. CARA

1. Hidraul
Kuasa pencungkilan tanah dalam alur oleh kuasa air mengalir itu sendiri tanpa bantuan beban. Tenaga kinetik yang terhasil daripada aliran sungai itu berupaya menjalankan kerja hakisan.

2. Geseran/lelasan
Hakisan terhadap tebing dan dasar secara dilelas oleh beban yang dibawa dalam sungai. Apabila sungai mengalir dengan membawa bersama beban seperti batu kelikir atau pasir , beban itu akan bergeser dan menghakis pada permukaan alur yang dilaluinya.

3. Lagaan
Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh sungai apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain. Beban yang dibawa adalah berlainan saiz dan bentuk maka kelajuannya juga berbeza semasa bergerak ini akan menyebabkan perlangggaran dan akhirnya terhakis.

4. Larutan
Hakisan dalam alur yang berlaku apabila tanah dalam alur itu terlarut apabila air sungai mengalir terutamanya di kawasan batu kapur atau kawasan tanah liat.

III. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN

1. Halaju air
Semakin deras /laju aliran air tenaga kinetik yang terhasil juga tinggi. Keupayaan melakukan kerja sungai juga tinggi maka kadar hakisan meningkat.

2. Kecerunan
Semakin curam sesuatu cerun tindakan daya graviti juga tinggi maka halaju sungai juga akan tinggi . Ini meningkatkan tenaga kinetik maka kadar hakisan meningkat.
.
3. Bentuk alur /
Geometri sungai
Bentuk alur sungai yang semakin lurus akan melancarkan aliran sungai ini akan meningkatkan kadar hakisan kerana tiada halangan yang boleh menyekat kederasan aliran sungai.
Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat.

4. Jenis batuan
Kawasan yang diliputi batuan yang keras seperti batuan igneus yang tahan terhadap hakisan akan mengurangkan kadar hakisan. Kawasan batu kapur yang lebih lembut lebih mudah dihakis maka kadar hakisan meningkat.

5. Bahan Muatan
Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan secara lelasan akan meningkat.

IV.BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN SUNGAI
1. Air terjun
Air terjun terbentuk apabila aliran air yang berubah gradien secara tiba-tiba akibat daripada kadar hakisan yang berbeza dalam alur tersebut.

2.Jeram
Bentuk muka bumi yang terhasil kerana hakisan di dasar terhadap batuan yang berbeza kekerasan secara menegak . Batuan keras yang tertonjol membentuk jeram di dasar sungai.

3. Lubuk sungai
Hakisan di dasar sungai melalui pusaran air terhadap batuan yang merekah atau lembut di dasar sungai.

C) PENGANGKUTAN
Pada penghujung topik ini murid boleh :
1. Memberi takrif proses pengangkutan secara umum.
2. Menerangkan cara-cara pengangkutan sungai
3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan sungai .

Konsep
Huraian
Pengangkutan merupakan
Pemindahan bahan-bahan terluluhawa/terhakis dari satu tempat ke tempat yang lain oleh agen seperti air mengalir,sungai dan ombak.

PENGANGKUTAN SUNGAI
I. CARA PENGANGKUTAN SUNGAI
1. Golekan
Bahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar sungai.

2. Loncatan/seltasi
Butiran-butiran batuan yang kecil seperti batu lada dan pasir kasar yang dijulangkan oleh arus sungai sebelum jatuh semula akibat tarikan graviti dalam alur.

3. Ampaian
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam air.

4. Apungan
Bahan-bahan yang mempunyai ketumpatan yang rendah di angkut di permukaan air secara terapung-apung.

5. Larutan
Batuan yang bersifat larut dalam air seperti batu kapur dan garam batuan akan terlarut dalam sungai dan diangkut dalam bentuk larutan.

II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI
1. Isipadu
Semakin banyak isipadu air semakin tinggi kadar pengangkutan sungai, contohnya semasa banjir isipadu air bertambah dengan ini daya mengangkut juga meningkat.

2. Saiz bahan
Saiz bahan akan menentukan cara pengangkutan. Batuan yang berat dan besar akan digerakkan secara golekan, yang sederhana secara loncatan dan saiz halus secara ampaian.

3. Cerun
Semakin curam sesuatu cerun semakin tinggi halaju aliran sungai maka kuasa mengangkut dan kadar pengangkutan juga tinggi.

4. Halangan
Halangan seperti akar atau binaan di sepanjang sungai akan menyebabkan kadar pengangkutan sungai rendah kerana kuasa mengangkut akan tersekat.

5. Bentuk Alur
Alur berbentuk ‘V’, tumpuan tenaga yang kuat di dasar maka kadar pengangkutan secara loncatan tinggi, alur berbentuk ‘ U’ tumpuan tenaga berkurangan pengangkutan cara ampaian dan apungan banyak berlaku.


D) PEMENDAPAN
Pada penghujung topik ini murid boleh :
1. Memberi takrif proses pemendapan secara umum.
2. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pemendapan sungai serta
bentuk muka bumi yang terhasil.
Konsep/tajuk
Huraian
Pemendapan merupakan
Proses yang berlaku apabila bahan - bahan muatan menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti air mengalir, sungai dan ombak.

PEMENDAPAN SUNGAI
I. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN SUNGAI
1. Isipadu
Peningkatan isipadu air, kadar pemendapan juga meningkat di bahagian tebing sungai.

2. Bahan muatan
Jumlah bahan muatan yang banyak - menyebabkan keupayaan mengangkut berkurangan dan kadar pemendapan meningkat.

3. Kecerunan
Semakin curam alur kadar pemendapan berkurangan, semakin landai alur kadar pemendapan akan meningkat.

4. Bentuk alur
Kadar pemendapan tinggi di bahagian cembung sungai kerana kuasa mengangkut terhalang.

5. Halangan
Semakin banyak halangan seperti akar pokok atau binaan kadar pemendapan akan bertambah kerana proses pengangkutan terhalang.

II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN SUNGAI
1. Dataran Banjir/ mendap
Bentuk muka bumi yang terhasil di tebing sungai akibat longgokan bahan-bahan yang termendap akibat limpahan air sungai di kedua-dua belah tebing sungai.

2. Tasik Ladam
Hakisan berterusan di bahagian cekung sungai dan pemendapan yang berterusan di bahagian cembung sungai boleh menyebabkan likuan sungai terpenggal dan akhirnya menjadi tasik ladam.

3. Tetambak
Berlaku terutamanya selepas kejadian banjair. Longgokan bahan-bahan yang lebih kasar di bahagian tebing sungai semasa limpahan sungai berlaku.

4. Delta
Terbentuk di muara sungai apabila sungai hilang tenaga mengangkutnya kerana bertembung dengan laut. Semua bahan yang diangkut oleh sungai dimendapkan. Pemendapan oleh sungai mestilah melebihi kadar hakisan oleh ombak laut. Semakin panjang sungai semakin banyak bahan hakisan yang dibawa dan semakin banyak yang dimendapkan di muaranya membentuk delta.

CONTOH –CONTOH SOALAN HASIL TINDAKAN SUNGAI
1. a) Apakah yang dimaksudkan profil rentas sungai dan profil panjang sungai? [5]
PROFIL RENTAS SUNGAI
Bentuk sungai yang dilihat dari tebing ke tebing sesebuah sungai dan dilihat dari pandang depan.

PROFIL PANJANG SUNGAI
Bentuk sungai yang dilihat dari hulu ke hilir sesebuah sungai dan dilihat dari pandang sisi.

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju sungai . [10]
Isi
Huraian
1. Kecerunan
Semakin curam - halaju semakin tinggi.

2. Halangan
Halangan seperti tumbuhan atau binaan akan memperlahankan halaju.

3. Isipadu
Hujan yang lebat meningkatkan isipadu dan halaju air meningkat.

4. Beban
Jumlah beban yang banyak akan mengurangkan halaju air.

5. Bentuk alur
Aliran sungai yang lurus meningkatkan halaju air


c) Jelaskan kesan proses pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia. [10]
Kesan/bentuk
Aktiviti
1.Dataran mendap
Pertanian –tanih alluvium – subur.
Akuakultur- buat kolam ikan .

2. Tasik Ladam
Akuakultur – ternak ikan dalam sangkar.
Rekreasi – aktiviti air seperti kayak, memancing.

3. Tetambak
Petempatan – untuk mendirikan rumah – bebas banjir.
Pengangkutan – bina jalan raya – bebas banjir.

4. Delta
Pertanian – tanih alluvium – subur - padi, kelapa.

5. Beting pasir
Perlombongan – pasir

b) Mengapakah kepadatan saliran berbeza-beza antara satu lembangan dengan
lembangan yang lain. [8]
Faktor/Isi
Huraian
1. Hujan/Isipadu
Hujan yang lebat meningkatkan pembentukan alur-alur sungai. Kepadatan sungai tinggi

2.Tanah rata/bukit
bukau.
Kawasan yang berbukit bukau menghasilkan banyak alur-alur sungai menuruni cerun- kepadatan tinggi. Tanah pamah menghadkan pembentukan alur – kepadatan rendah.

3. Litupan tumbuhan
Tumbuhan yang padat mengurangkan larian permukaan , meningkatkan resapan – kepadatan rendah.

4. Kekerasan batuan
Batuan yang keras sukar dihakis – kepadatan rendah
Batu yang telap air resapan tinggi - kepadatan rendah
Batu yang lembut mudah terhakis – kepadatan tinggi.


c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengubah kepadatan saliran di sesuatu kawasan. [10]
Aktiviti
Huraian
1. Pertanian
Pembinaan parit /terusan – kepadatan meningkat

2. Pembalakan
Pendedahan permukaan bumi – meningkatkan pembentukan alur – kepadatan meningkat.

3. Perlombongan
Mewujudkan tasik/takungan air – timbus sungai – kepadatan menurun

4. Empangan
Alur sungai tenggelam – kepadatan rendah

5. Kerja melurus sungai
Alur sungai menjadi pendek -kepadatan rendah.

Project Based Learning - Hutan Paya Bakau






1.PENGENALAN:
Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan berair masin.
Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.
Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia.
2. 0BJEKTIF KAJIAN:

2.1 Objektif Am:
Mengenal pasti ekosistem paya bakau di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian.

2.2 Objektif Khusus:
2.2.1 Menyenaraikan komponen-komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem hutan paya bakau Taman Negara Tanjung Piai.
2.2.2 Menghuraikan rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem hutan paya bakau.
2.2.3 Menjelaskan kepentiangan ekosistem hutan paya bakau kepada alam semulajadi dan manusia.
2.2.4 Menilai ancaman dan masalah kepupusan hutan paya bakau.
2.2.5 Mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.

3. LOKASI KAJIAN :
Kami telah melakukan kajian di Taman Negara Tanjung Piai Pontian.Taman negara yang terletak di penghujung tanah besar benua asia ini merupakan salah satu hutan paya bakau di Malaysia.
4. Kaedah kajian:
Kajian ini dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu:

4.1 Pemerhatian di Taman Negara Tanjung Piai dijalankan bagi mengkaji ekosistem dan
kepentingan hutan paya bakau.


4.2 Penerokaan dan bahan rujukan daripada pelbagai sumber seperti laman web,surat khabar dan buku rujukan.
5.Hasil kajian:
5.1 Pendahuluan:- Konsep dan pengezonan ekosistem hutan paya
bakau.

Ekosistem bakau adalah penting kerana bersifat dinamis yang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa dan dari musim ke musim.
Mengikut Hamilton dan Snedaker (1984)
“Ekosistem hutan bakau adalah komuniti yang hidup di kawasan antara pasang-surut laut dan tahan daripada air masin di zon pinggir pantai atau dikenali sebagai zon litoral.”
Komuniti utama bakau ialah keluarga Rhizophora (pokok bakau kurap dan bakau minyak), keluarga Avicennia (pokok api-api), keluarga Sonneratia (pokok perapat, gedahu dan berembang) dan juga Bruguiera (pokok berus, tumu dan mata buaya).
Bentukan bakau merupakan ekosistem yang menjangkau persekitaran di pinggir pantai yang terlindung dan menganjur jauh ke pedalaman di sepanjang muara sungai.Taburan dan jenis pokok bakau yang hidup di zon litoral adalah tidak seragam

5.2 Komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem hutan paya bakau.

5.2.1 KOMPONEN BIOTIK:
· Selain tiga jenis pokok bakau yang utama yang mendominasi komponen biotik dalam ekosistem hutan bakau terdapat juga hidupan-hidupan lain yang menghuninya.
· Antara jenis komponen biotik ialah ketam bakau,siput Belitung,kepah tiram,ikan belacak dan lain-lain haiwan kurstasea,moluska serta serangga.

5.2.2 KOMPONEN ABIOTIK:
· Komponen bukan hidupan meliputi air payau udara(oksigen), tanah seperti lumpur , selut dan pasir yang terhasil dari mendapan oleh ombak dan sungai.
· Zon hutan bakau dianggap sebagai “zon makanan” bago kepelbagaian spesis dan ia amat kaya dengan bahan nutrient yang datangnya dari sumber sungai dan laut.

5.3 Rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem hutan paya bakau

Ekosistem hutan paya bakau mempunyai rantaian dan siratan makanannya yang tersendiri. Ia melibatkan tumbuhan di daratan dan juga organisma yang hidup di dalam air dan daratan (dua alam).

Pokok bakau merupakan pengeluar makanan utama dalam ekosistem hutan paya bakau. Pokok bakau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis setelah mendapat tenaga daripa matahari. Daun, bunga dan buah pokok bakau menjadi sumber makanan kepada organisma herbivor di daratan seperti ulat, serangga, burung dan haiwan primat seperti monyet dan lutong cikong.
Namun begitu rantaian makanan ini tidak berterusan di daratan, ia akan diteruskan pula oleh hidupan dua alam di daratan yang menghuni hutan paya ini. Hidupan dua alam ini mendapat sumber makanan daripada dedaun dan buah pokok bakau yang gugur dan jatuh ke tanah. Selain itu juga ia datang daripada najis haiwan-haiwan primat.
Apabila serasah daun bakau ini jatuh ke dalam air maka ia akan diuraikan oleh mikrorganisma seperti bakteria dan fungi untuk menjadi nutrien.
Nutrien-nutrien tersebut menjadi sumber makanan pengguna primer dalam ekosistem seperti ketam,cacing dan udang. Seterusnya pengguna-pengguna primer ini akan menjadi sumber makanan kepada pengguna-pengguna sekunder yang lain yang lebih besar seperti ikan.
Selain itu ikan-ikan yang besar dan juga pengguna-pengguna primer boleh menjadi sumber makanan kepada pengguna-pengguna tertier yang bertindak sebagai karnivor di dalam ekosistem bakau seperti memerang, biawak dan ular. Akhirnya hasil-hasil perkumuhan pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier akan diuraikan pula oleh mirorganisma yang lain untuk menjadi bahan nutrien yang baru.
Oleh sebab itu bahan nutrien dalam ekosistem bakau sentiasa berkitar dan berterusan. Selain daripada hidupan di atas, zooplankton juga memainkan peranan yang penting dalam rantaian makanan ekosistem bakau ini. Ia menjadi perhubungan antara pengeluaran primer dengan pengeluaran tertier. Zooplankton menjadi makanan larva.

5.4 Kepentingan ekosistem hutan paya bakau

5.4.1 Menstabilkan muara sungai dan pesisir pantai.

Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sadimen (bahan enapan) dari kawasan muara dan pantai.Ini seterusnya berupaya untuk mengekalkan ekosistem muara sungai dalam jangka masa yang panjang.

5.4.2 Zon penampan semula jadi untuk mengurangkan atau mencegah
hakisan pantai oleh ombak,angin dan arus.

Kanopinya yang tebal dan padat dan sistem akar yang timbul di permukaan menjadi penampan semula jadi yang paling baik untuk mengurangkan kuasa hakisan oleh ombak pasang dan surut.

5.4.3 Penampisan bahan pencemar.

Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan sebatian fosforus.Ini mengurangkan pembiakan alga dan bakteria E.Coli seterusnya menambahkan kandugan oksigen terlarut(DO) didalam air yang menjadi sumber pernafasan utama hidupan didalam air dalam ekosistem ini.

5.4.4 Menjadi habitat pelbagai jenis habitat air dan daratan.

Fungsi hutan bakau menjadi sebagai tempat perlindungan dan pembiakan pelbagai jenis udang,ketam,kepah,tiram,ikan,biawak,kera dan sebagainya.Ada bukti yang menunjukkan bahawa hutan paya bakau ini menjadi habitat kekal bagi spesis-spesis tertentu yang meneruskan kitar hidupnya di kawasan ekosistem tersebut tanpa berpindah ke tempat lain.Ini kerana hutan paya bakau membekalkan sumber makanan yang banyak.

5.4.5 Mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida
setempat.

Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya. Dengan itu pokok bakau sebenarnya bertindak sebagai pembekal oksigen utama untuk hidupan di dalamnya.

5.4.6 Kepentingan ekosistem bakau kepada manusia:
a) Sumber kayu arang dan kayu api seperti pokok bakau minyak dan bakau kurap.
b) Bahan binaan seperti pancang kayu dan cerucuk dalam pembinaan benteng dan jambatan,membuat dermaga dan tiang rumah khususnya dikawasan pantai.ini kerana sifat pokok bakau yang keras dan tahan air masin.
c) Sumber perubatan seperti ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat.
d) Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari tangkapan pelbagai jenis ikan,ketam nipah, kerang dan sebagainya.
e) Pada masa kini ekosistem hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau.
f) Hutan bakau dikekalkan dalam keadaan semulajadi sebagai tarikan pelancong dengan mewartakannya sebagai Taman Negara.Oleh sebab itu ekosistem bakau berfungsi sebagai “ekopelancongan” dan khazanah semulajadi utama negara.


5.4 Masalah ancaman kepupusan hutan paya bakau:

Ø Hakisan
· Hakisan berlaku biasanya berpunca daripada ombak kuat.
· Hakisan juga akan merencatkan pertumbyhan bakau dan mungkin akan menyebabakan kepupusan.
· Hakisan ini akan memendakkan laut dan flora dan fauna yang sedia ada juga turut terjejas.

Ø Tumpahan Minyak
· Hal ini akan menyebabakan hidupan alam air akan mengalami ancaman untuk terus hidup dan membiak dalam habitatnya.
· Kepupusan hutan bakau mungkin akan terjadi kerana tumpahan minyak akan menyebabakan akar bakau tidak dapat bernafas dan pokok bakau akan mati.
· Tumbuhan bakau tidak dapat melancarkan pertumbuhan benihnya yang tersebar secara semulajadi melalui air.

Ø Sampah Sarap
· Sampah sarap yang terbina daripada aktiviti tidak bermoral sama ada daripada penduduk setempat atau daripada orang awam akan membuat persekitaran bakau terjejas.
· Ini akan menyebabkan habitat hidupan air yang kecil seperti belacak dan ketam kebab akan musnah.

6. Cadangan Langkah Mengekalkan Hutan Paya Bakau

Ø Membina benting pemecah ombak untuk menghalang tanah daripada terhakis.
Ø Menyediakan lebih banyak tong sampah di sekitar kawasan untuk memudahkan para pengunjung membuang sampah supaya tidak berlaku pembuangan sampah merata-rata.Hal ini sekali gus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Ø Pihak-pihak yang berkenaan seperti NGO boleh mengadakan kempen-kempen penanaman semula pokok bakau secara besar-besaran.Membina pelampung untuk menghalang minyak daripada masuk ke kawasan pokok bakau.

7. Rumusan:

Secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa, Hutan Paya Bakau amat penting dalam ekosistem kita. Kepentingannya bukan hanya kepada alam sekitar fizikal, malah memberi pelbagai faedah kepada manusia dari segi ekonomi dan sosial.

Namun begitu, Hutan Paya Bakau sedang diancam kemusnahan dan kepupusan. Ancaman itu datangnya daripada kejadian semulajadi dan diburukkan lagi oleh pelbagai aktiviti manusia.

Justeru pelbagai langkah perlu diambil untuk memelihara dan memulihara Hutan Paya Bakau agar ia terus memberi manfaat terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.
Adalah diharapkan bahawa Hutan Paya Bakau akan terus stabil tanpa sebarang gangguan, dan diberi perhatian oleh setiap individu demi generasi akan datang.

8. Sumber Rujukan

8.1 Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah,
Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM, Longman, Petaling
Jaya, 2007.
8.2 http://www.gecnet.info/index.cfm?&menuid=54
8.3 http://Members.tripod.com/~zulkanain_zakaria/bakau .htm.
8.4 http://www.similiarbase.com/hutan .htm
8.5 Berita Harian, 5 Mei 2008. Muka surat
8.6 Galeri Taman Negara Tanjung Piai Pontian, 14 Julai 2008

DI SEDIAKAN OLEH:
1.MOHD NOOR KHAYRIEL BIN ABU AMIN
2.MUHAMMAD SYAHIR BIN MOHD NASIR
3.MUHAMMAD ZUELFAKRY BIN RIPIN
4.NORAINI BINTI HOOD
5.NUR DAMAIYANTI BINTI ABDUL KADIR
Tingkatan 6 Bawah Dahlia 2008.