Khamis, 25 Ogos 2011

Soalan dan Jawapan

i. Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa?

Satu proses pemecahan batuan dari saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil oleh agen-agen luluhawa seperti suhu dan air yang berlaku secara insitu (tidak melibatkan pemindahan bahan).

ii. Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa fizikal?

Satu proses pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil yang tidak melibatkan perubahan kandungan mineral batuan oleh agen-agen luluhawa seperti suhu dan air yang berlaku secara insitu.

iii. Apakah yang dimaksudkan dengan proses luluhawa kimia?

Satu proses pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil akibat perubahan kandungan mineral/kimia batuan berkenaan oleh agen-agen luluhawa seperti suhu dan air yang berlaku secara insitu.

iv. Jelaskan proses-proses luluhawa fizikal.

Terdapat lima proses utama luluhawa fizikal. Pertama ialah proses insolasi atau proses perubahan suhu panas dan sejuk yang ketara. Proses ini biasanya berlaku di gurun panas yang mempunyai suhu waktu siang yang sangat panas lebih kurang 40 – 45 C kerana tiada lindungan awan, mineral batuan akan mengembang. Pada waktu malam pula suhunya sangat sejuk lebih kurang 5- 10 C kerana semua bahangan dibalikkan ke atmosfera akibat tiada lindungan awan. Meneral batuan akan mengecut. Proses pengembangan dan pengecutan batuan yang berulang-ulang akan menyebabkan batuan memecah.

Proses kedua ialah proses pembasahan dan pengeringan yang berulang-ulang. Biasa berlaku di kawasan tropika lembab yang mengalami hujan dan panas sepanjang tahun, kerana kawasan ini mempunyai jumlah hujan tahunan yang banyak (lebih 2000mm) dan purata suhu harian yang tinggi (27 C). Pada musim hujan, batuan akan dibasahi air menyebabkan ia akan mengembang kerana air memenuhi ruang-ruang kosong dalam batuan. Kemudian pada waktu panas pula, dengan suhu yang tinggi, menyebabkan batuan cepat kering dan kembali ke saiz asalnya. Batuan yang mengalami proses pengembangan dan pengecutan akibat basah dan kering yang berulang-ulang ini akhirnya akan memecah.

Seterusnya ialah proses penghabluran garam. Proses ini biasanya berlaku di gurun panas yang mempunyai jumlah hujan tahunan yang sedikit (kurang 1500mm) dengan suhu pada waktu siang yang sangat panas (40 – 45 C). Ketika hujan turun, air hujan akan melarutkan garam yang banyak di dalam tanah. Melalui tindakan kapilari larutan garam dalam tanah akan naik ke permukaan. Ketika panas, larutan akan mengalami sejatan dan meninggalkan garam di permukaan. Sekiranya terdapat batuan di permukaan bumi yang sedia memiliki rekahan dan retakan, garam akan terkumpul di celah rekahan dan memberi tekanan kepada dinding rekahan. Pertambahan jumlah garam di rekahan dari semasa ke semasa menyebabkan rekahan semakin membesar dan akhirnya batuan akan memecah.

Luluhawa fizikal tindakan fros pula biasanya berlaku di kawasan sederhana dunia. Luluhawa ini aktif ketika musim perantaraan iaitu musim luruh dan musim bunga. Luluhawa ini berlaku dengan giat di lereng-lerang bukit atau tanah tinggi yang mempunyai rekahan. Ketika siang air hujan yang cair boleh berada di dalam rekahan kerana suhunya yang agak panas mencecah 16 C. Ketika malam pula suhu boleh menurun sehingga dibawah takat beku 0 C. Air yang membeku di celah rekahan menyebabkan isipadunya bertambah 10%. Ini menambah tekanan kepada dinding rekahan. Proses yang berulang-ulang menyebabkan rekahan membesar dan batuan akan memecah jatuh ke kaki cerun.

Dalam proses pelepasan tekanan, pada awalnya batuan berada dibawah permukaan tanah. Tanah menutupi batuan, menyebabkan batuan berada di bawah tekanan. Selepas tempoh yang tertentu tanah yang menutup batuan, boleh mengalami hakisan, akibatnya, batuan yang ditutupi tanah tadi terdedah. Kini batuan tersebut bebas daripada tekanan. Batuan ini akan terdedah kepada pelbagai proses luluhawa yang lain. Sekiranya batuan ini mempunyai rekahan, rekahan boleh semakin membesar kerana tiada lagi bebanan yang menutupinya, akhirnya batuan boleh memecah.


v. Jelaskan bagaimana suhu dan air memainkan peranan dalam pelbagai proses luluhawa fizikal.

Suhu dan air memainkan peranan dalam pelbagai proses luluhawa fizikal. Dalam proses insolasi, suhu amat memainkan peranan. Proses insolasi ialah peruabahan suhu panas dan sejuk yang berulang-ulang terutama di gurun panas. Ketika siang, suhunya sangat panas mencecah 45 C, mineral dalam batuan mengembang. Ketika malam suhunya sangat sejuk sehingga 5 C. Mineral batuan akan mengecut. Proses insolasi yang berulang-ulang akhirnya batuan memecah. Jelas suhu amat memainkan peranan dalam proses ini.

Dalam proses pembasahan dan pengeringan, suhu dan air sama-sama memainkan peranannya. Ketika hujan di kawasan tropika lembab, air akan membasahi batuan dan meresap ke dalam batuan. Batuan akan mengembang kerana rongga batuan dipenuhi air. Ketika panas pula, suhu yang tinggi mencecah 27 C membolehkan batuan cepat kering dan kembali ke saiz asalnya. Pembasahan oleh air dan pengeringan oleh suhu yang tinggi secara berulang-ulang, akhirnya batuan memecah. Jelas suhu dan air memainkan peranan dalam proses ini.

Dalam proses pelepasan tekanan, air berperanan sebagai agen hakisan yang menghakis tanah yang menutupi batuan. Pada awalnya batuan berada dibawah permukaan tanah. Tanah menutupi batuan, menyebabkan batuan berada di bawah tekanan. Selepas tempoh yang tertentu tanah yang menutup batuan, boleh mengalami hakisan terutamanya oleh air yang mengalir, akibatnya, batuan yang ditutupi tanah tadi terdedah. Kini batuan tersebut bebas daripada tekanan. Batuan ini akan terdedah kepada pelbagai proses luluhawa yang lain. Sekiranya batuan ini mempunyai rekahan, rekahan boleh semakin membesar kerana tiada lagi bebanan yang menutupinya, akhirnya batuan boleh memecah.

Suhu dan air juga memainkan peranan dalam proses penghabluran garam. Turunan air hujan yang sedikit(XXmm), sudah memadai untuk melarutkan garam galian di kawasan gurun. Larutan ini kemudiannya naik ke permukaan melalui tindakan kapilari. Suhu yang tinggi di kawasan gurun (xx C), menyebabkan proses sejatan sangat giat berlaku. Larutan garam yang mengalami sejatan, akan meninggalkan hablur garam di permukaan bumi. Sekiranya ada batuan yang sedia mempunyai rekahan, hablur garam akan tertinggal di celah rekahan. Pertambahan jumlah garam menyebabkan rekahan membesar dan menyebabkan batuan memecah.

Suhu dan air juga memainkan peranan dalam Luluhawa fizikal tindakan fros yang biasanya berlaku di kawasan sederhana dunia. Luluhawa ini aktif ketika musim perantaraan iaitu musim luruh dan musim bunga. Luluhawa ini berlaku dengan giat di lereng-lerang bukit atau tanah tinggi yang mempunyai rekahan. Ketika siang air hujan yang cair boleh berada di dalam rekahan kerana suhunya yang agak panas mencecah 16 C. Ketika malam pula suhu boleh menurun sehingga dibawah takat beku 0 C. Air yang membeku di celah rekahan menyebabkan isipadunya bertambah 10%. Ini menambah tekanan kepada dinding rekahan. Proses yang berulang-ulang menyebabkan rekahan membesar dan batuan akan memecah jatuh ke kaki cerun. Jelas menunjukkan bahawa suhu dan air sama-sama memainkan peranan dalam proses luluhawa ini.

Definisi 4

Definisi 4

TEMA 5 – Sistem Ekologi

Konsep

1. Ekologi

Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn alam persekitarannya. Dlm ekologi tempat tinggal organisma di panggil habitat. Konsep penting dlm ekologi ialah saling bergantung atau saling berinteraksi antara hidupan-hidupan & juga hidupan dgn bukan hidupan yg tinggal dlm habitat itu serta interaksi dgn hidupan dlm habitat yg lain.

2. Ekosistem

Merupakan satu sistem ekologi yg terbentuk hasil interaksi atau saling bergantung antara komponen hidupan (biotik) & bukan hidupan (abiotik) serta dgn linkungannya. Contoh, ekosistem tasik, ekosistem hutan, ekosistem paya bakau.

3. Autotrof:

Tumbuhan yg blh memproses makanannya sendiri dgn menggunakan cahaya m/hari melalui proses fotosintesis. Tumbuhan hijau menggunakan tenaga drp matahari utk menukar karbon dioksida dan air bagi membentuk gula dan mengeluarkan gas oksigen sbg bahan sampingan.

4. Proses Fotosintesis

Proses tumbuhan menghasilkan makananya. Menggunakan CO2 dan menghasilkan O2. Hanya berlaku dlm keadaan bercahaya. Tenaga cahaya amat penting & disimpan dlm bentuk tenaga kimia dlm molekul glukosa yg dihasilkan.

5. Proses Respirasi

Menggunakan O2 & menghasilkan CO2. Molekul glukosa diuraikan dan tenaga kimia yg tersimpan di dlmnya akan dibebaskan.

6. Rantaian makanan

Proses pemindahan atau aliran tenaga yg berlaku dlm konteks hubungan mangsa-pemangsa bersifat sehala.

7. Siratan makanan

Merujuk kpd pemindahan tenaga secara bersilang dan kompleks. Aliran tenaga yg berlaku adalah dr dan ke pelbagai arah dlm hubungan mangsa-pemangsa

8. Piramid Ekologi

Mrjk kpd aras trofik yg wujud dlm sesebuah ekosistem yg tlh disusun mengikut herarkinya. Tapak piramid mrjk kpd pengeluar yg diikuti oleh pengguna primer-sekunder-tertier sbg herarki tertinggi. Semakin ke puncak bilangan pengguna semakin berkurangan.

9. Aliran Tenaga

Mrjk kpd peringkat-peringkat atau sirkit pemindahan tenaga yg berlaku dlm rantaian makanan atau siratan makanan sesebuah ekosistem. Aliran tenaga mestilah bermula dr tenaga m/hari yg seterusnya tenaga ini akan bergerak dan berubah bentuk dlm aras trofik yg berbeza.

10. Kitar Nutrien:

Bermaksud satu proses kitaran unsur-unsur kimia seperti nitrogen, karbon, kalsium, dan sulfur dalam sesebuah ekosistem yg berlaku secara berterusan dlm tiga fasa yg lengkap iaitu fasa atmosfera, biosfera dan tanih.

11. Ekosistem bakau

Komuniti yg hidup di kws antara pasang-surut laut dan tahan drp air masin di zon pinggir pantai atau dikenali sbg zon literal. Komuniti utama bakau ialah dr keluarga Rhizophora. Terdapat di sekitar muara sungai Perak, sungai Bernam, sungai Rajang dan sungai Baram

12. Ekosistem tasik

Mrjk kpd ekosistem air yg tidak berarus yg dikenali juga sbg ekosistem Lentus sama seperti ekosistem kolam dan perigi. Medium utama dalam ekosistem tasik adalah air.

13. Pembangunan Lestari

Lestari membawa maksud kekal dlm keadaan asal spt pengekalan alam semulajadi. Pembangunan yg mementingkan kesejahteraan hidup yg berterusan utk semua generasi kini dan akan datang.

14. Penyahhutanan

Bermaksud kegiatan penerokaan atau pelupusan hutan secara meluas untuk tujuan pertanian ladang atau lembangunan petempatan baru.

15. Saling Kebergantungan:

Bermaksud saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara komponen-komponen dalam satu sistem.