Selasa, 10 Februari 2009

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN GEOMORFOLOGI

1. a) Jelaskan secara ringkas jenis-jenis sistem gunung lipat di dunia. [5]

Huraian
Gunung lipat tua kalidonia
-Terbentuk lebih 350juta tahun dahulu. Meliputi kawasan
di benua Eropah barat.
Gunung lipat tua hercynia
-Terbentuk lebih 270 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan tanah tinggi Appalachian ,banjaran pemisah Australia.
Gunung lipat muda alps-himalaya
-Terbentuk lebih 35juta tahun dahulu . Meliputi kawasan sekitar mediterannean, banjaran himalaya, banjaran besar Malaysia.
Gunung lipat muda lingkaran pasifik
-Terbentuk lebih kurang 35 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan dari Amerika Selatan sehingga ke Alaska sehingga ke Jepun dan Filipina

b) Terangkan proses pembentukan lipatan kerak bumi. [10]

Huraian
Punca tenaga arus perolakan lapisan mantel
-Arus perolakan dalam mantel akan menghasilkan daya mampatan dan daya tarikan ke dalam bumi apabila sel-sel perolakan bertemu dan bergerak ke bawah. Daya ini akan memampatkan kerak bumi sehingga menghasilkan kedutan.

Pertembungan antara plat benua.
-Pertembungan antara plat benua akan menyebabkan salah satu plat termusnah dan satu lagi akan terjulang ke atas membentuk kawasan gunung lipat. Contohnya apabila plat India bertembung dengan plat Eurasia membentuk banjaran Himalaya.


c) Huraikan kepentingan tanah tinggi terhadap alam sekitar. [10]

A) Kepentingan terhadap alam sekitar fizikal

Punca aliran air/sungai
-Tanah tinggi merupakan legeh yang menjadi punca bagi sistem saliran. Juga memisahkan satu lembangan saliran dengan satu lembangan saliran yang lain.

Suhu
-Pertambahan ketinggian akan menyebabkan penurunan suhu di sesuatu kawasan . Oleh itu di kawasan tanah tinggi suhunya rendah.

Kepelbagaian tumbuhan
-Kawasan tanah tinggi akan mempengaruhi jenis dan taburan tumbuhan mengikut ketinggian.

Proses Geomorfologi
-Tanah tinggi meningkatkan proses pergerakan jisim terutama di kawasan yang gondol kerana kawasan tanah tinggi merupakan kawasan yang bercerun.

Halangan angin / lindungan
-Kawasan tanah tinggi akan menghalang tiupan angin dengan ini melambatkan kelajuan angin. Kawasan tanah tinggi yang menghadap angin lembap akan menyebabkan hujan bukit dan mewujudkan kawasan lindungan hujan.

B) Kepentingan terhadap alam sekitar manusia.

Pertanian
-Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman hawa sederhana seperti sayuran, buah-buahan dan teh. Contoh : Cameron Highland

Pelancongan
-Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang nyaman akan menarik pelancong. Contoh : Genting Highland , Gunung Kinabalu.

Tadahan air /empangan/ KHE
-Kawasan tanah tinggi sesuai dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang boleh menjana hidroelektrik seperti Empangan Kenyir.

Sempadan politik
-Kawasan tanah tinggi juga boleh dijadikan sempadan politik yang memisahkan sesuatu negeri atau negara. Contoh : Banjaran Himalaya memisahkan Tibet dengan Nepal.

Komunikasi
-Tanah tinggi sesuai dibina stesen pemancar dan rumah api. Contoh di puncak Gunung Ledang.


2. a) Apakah yang dimaksudkan luluhawa dalaman. [5]
Luluhawa dalaman ialah penguraian batuan oleh tindakan kimia secara insitu di
bawah permukaan bumi. Ia bertindak secara mendalam. Ia dominan di kawasan
tropika lembap dan menghasilkan regolit yang tebal.

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi kadar luluhawa dalaman di sesuatu kawasan [10]

HURAIAN
Hujan
-Semakin banyak hujan yang diterima kadar luluhawa dalaman meningkat. Jumlah hujan yang banyak menggalakkan tindakan kimia .Contoh di kawasan tropika lembap yang hujannya melebihi 2000mm sepanjang tahun menghasilkan regolit yang tebal.

Tumbuhan
-Semakin banyak tumbuhan kadar luluhawa dalaman meningkat. Reputan tumbuhan membantu dalam menguraikan batuan melalui tindakan asid biotic (proses chelasi). Tumbuhan juga menggalakkan susupan air ke dalam tanah.

Kecerunan
-Semakin landai sesuatu permukaan semakin tinggi kadar luluhawa dalaman. Kerana cerun yang landai akan meningkatkan kadar penyusupan air .

Jenis batuan
-Batuan yang mengandungi mineral yang mudah terluluhawa seperti besi dan feldspar kadar luluhawa dalaman tinggi.

Kestabilan tektonik
-Semakin kurang gangguan tektonik di sesuatu kawasan semakin tinggi kadar luluhawa dalaman. Tindakan luluhawa ke dalam tidak terganggu dan bahan regolit yang terhasil tidak dipindah keluar. Ini akan menghasilkan regolit yang tebal.


c) Huraikan pengaruh luluhawa terhadap kehidupan manusia. [10]

HURAIAN
Pertanian
-Tindakan luluhawa menghasilkan regolit . Ini memudahkan aktiviti bercuck tanam.

Pelancongan
-Tindakan luluhawa menghasil pandang darat kars (gua batu kapur) yang menarik . Ini boleh menarik pelancong.

Sumber mineral
-Tindakan luluhawa menghasilkan mineral seperti garam batu, timah alluvium menggalakkan aktiviti perlombongan.

Perindustrian
-Tindakan luluhawa menghasilkan bahan mentah untuk industri seperti tanah liat untuk membuat seramik dan batu bata.

Pembinaan
-Tindakan luluhawa menghasilkan bahan binaan seperti pasir . Ketebalan regolit yang terhasil menentukan kedalaman pemasangan cerucuk dalam pembinaan.



3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kegagalan cerun ? [5m]
Kegagalan cerun merujuk kepada ketidakstabilan cerun . Cerun gagal mengekalkan keseimbangan sehingga menyebabkan pergerakan secara aliran lambat atau aliran cepat. Contohnya seperti berlaku kejadian tanah runtuh.

1 ulasan: