Isnin, 9 Mac 2009

SISTEM ATMOSFERA

A) KONSEP ATMOSFERA
Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.”


B) STRUKTUR ATMOSFERA
(Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)

Ciri Termosfera/ionosfera
Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi.

Ciri Mesosfera
Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini

Ciri Stratosfera
Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.

Ciri Troposfera
Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca.

C) KANDUNGAN ATMOSFERA

1. Gas kekal
Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).

2. Gas berubah
Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :
a.Karbon dioksida :
sentiasa bertambah
i. memasuki atmosfera melalui tindakan
organisma hidupan lautan dan
daratan.
ii. peningkatan penggunaan bahan api
fosil oleh manusia

b.Ozon :
sentiasa berkurangan
- melalui kitar fotokimia iaitu
melibatkan percantuman semula
dengan atom oksigen menyebabkan
kehilangan bersih oksigen ganjil.
O3 + O = 2O2

c.Klorofluorokarbon (CFC) :
sentiasa bertambah
i. punca: bahan-bahan aerosol, bahan
penyejuk (freom) , bahan
pencuci dan penyaman udara
ii.terlerai dan membebaskan klorin
yang juga terlibat dalam
pemusnahan lapisan ozon.

d.Nitrogen Oksida (NOX)
sentiasa bertambah
i. mekanisme biologi di lautan dan
juga dalam tanah.
ii. pembakaran industri, kenderaan,
biojisim, dan penggunaan baja
kimia.

e.Sulfur dioksida (SO2)
sentiasa bertambah
pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.
Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :

i. pencemaran
udara
ii.peningkatan gas
rumah hijau
iii .hujan asid
iv. penipisan
lapisan ozon
v. pemanasan
global

3. Juzuk bukan gas
Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.
Mengakibatkan fenomena jerebu



D) PERANAN ATMOSFERA

1. Kepada Biologi
Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.

2. Mencorakkan kontur permukaan bumi
Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.

3. Kekayaan semula jadi
Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.

4. Perdagangan / rekreasi
Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.

5. Membentuk dan menpengaruhi cuaca
Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.

A) UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

1. Imbangan bahangan
Jumlah bahangan yang diterima oleh bumi daripada matahari melalui gelombang-gelombang pendek sama dengan jumlah bahangan yang dibebaskan oleh bumi melalui gelombang-gelombang panjang.


a) Taburan suhu mendatar
Perbezaan suhu secara mendatar antara satu tempat dengan tempat yang lain di permukaan bumi.
b) Taburan suhu menegak
Perubahan suhu yang berlaku di atmosfera mengikut ketinggian dalam sesuatu bungkusan udara.

B) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR

1.Tumbuhan semulajadi
Kawasan yang banyak tumbuhan - suhu lebih rendah. Mengurangkan bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi.

2. Awan
Kawasan yang banyak dilitupi awan – suhu lebih rendah. Awan akan membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari.

3. Arus lautan
Arus lautan mempunyai kebolehan memindahkan haba – jenis arus akan mempengaruhi suhu pinggir pantai. Contohnya Arus Telukan membawa haba daripada kawasan tropika ke kawasan sederhana.

4.Perbezaan permukaan bumi
Albedo permukaan bumi menentukan jumlan bahangan yang diserap oleh bumi. Albedo yang tinggi akan menyebabkan suhu di kawasan itu rendah.

5.Ketinggian
Kawasan yang tinggi akan mengalami suhu yang semakin rendah.

C) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENEGAK

1. Tekanan udara

2. Suhu permukaan
Jika suhu permukaan bumi lebih sejuk berbanding suhu atmosfera ia akan menyejukkan bahagian atmosfera yang berhampiran dengan bumi. Kejadian olak suhu akan berlaku. Secara relatifnya semakin tinggi dalam atmosfera semakin tinggi suhunya.

3. Lapisan atmosfera
Di lapisan troposfera, taburan suhu menegaknya adalah semakin menurun mengikut ketinggian. Di lapisan stratosfera pula suhunya semakin meningkat mengikut ketinggian .

4. Kandungan atmosfera


D) LEMBAPAN ATMOSFERA

1.Lembapan atmosfera
Kandungan wap air yang terdapat di atmosfera.

2.Kelembapan mutlak
Jumlah wap air dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)

3. Kelembapan tentu
Jisim wap air bagi setiap kilogram udara.

4. Kelembapan bandingan
Nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat di udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara tersebut pada suhu yang tertentu.

E) PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA

1.Sejatan
Proses cecair atau ais bertukar menjadi wap air. Ia adalah proses yang berlaku secara berterusan daripada permukaan air, tanah dan salji.

2. Pepeluhan/
Transpirasi
Air yang hilang daripada permukaan tanaman dan tumbuhan. Ia berlaku apabila tekanan wap dalam sel daun adalah lebih besar daripada tekanan wap atmosfera.

3. Sejatpeluhan

Air yang hilang ke atmosfera melalui pepeluhan tumbuhan dan sejatan dari tumbuhan dan tanah.


F) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN

1. Tekanan wap
Tekanan wap yang tinggi di atmosfera akan menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah.

2. Suhu permukaan
Suhu permukaan sejat yang tinggi akan meningkat kadar sejatan .

3. Angin
Angin yang kencang dapat membaurkan wap air dan meningkatkan sejatan.

4. Kandungan air
Kadar sejatan lebih tinggi bagi air bersih berbanding dengan air masin.

5. Luas permukaan
sejat
Sejatan lebih mudah berlaku di permukaan air yang terdedah berbanding permukaan air yang terlindung.

G) FENOMENA CUACA DAN IKLIM

I. Bayu
1.Bayu darat
Pola angin tempatan yang wujud kerana terdapat perbezaan suhu di antara daratan dan laut yang mempunyai pola berbeza di antara siang dan malam. Perbezaan suhu ini akan mewujudkan kecerunan tekanan yang menjadi daya penggerak untuk bayu merentasi garis pantai dengan membentuk pola harian yang tersendiri.

2Bayu laut
Berlaku pada waktu siang . Daratan mempunyai suhu yang lebih tinggi pada siang berbanding lautan. Dengan ini tekanan di daratan lebih rendah berbanding lautan. Udara akan mengalir dari kawasan lautan ke daratan membentuk bayu laut.

3. Bayu darat
Berlaku pada waktu malam . Daratan mempunyai suhu yang lebih rendah pada malam berbanding lautan. Dengan ini tekanan di daratan lebih tinggi berbanding lautan. Udara akan mengalir dari kawasan daratan ke lautan membentuk bayu darat.

4 ulasan:

  1. Thanx.. like dis blog very much! :)

    BalasPadam
  2. salam ... cmne nk jwb soalan nie
    BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL BAGI MENGURANGKAN KESAN PULAU HABA ???

    BalasPadam
  3. bagaimana kita nak jawab kalau soalan dia tanya senaraikan angkubah yang terdapat dalam sistem atmosfera

    BalasPadam