Rabu, 25 Mei 2011

Definisi 3

Dirujuk daripada Alam Sekitar Fizikal : Hj. Rusly Musa dan Hajah Nurashikin Abdullah

TEMA 4 – Sitem Hidrologi

1. Kitar Hidrologi

Menerangkan pertukaran air yg berterusan dlm berbagai bentuk seperti wap, cecair & pepejal yg melibatkan berbagai ruang sama ada ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera & ruang litosfera. Mrjk kpd sistem edaran air yg melibatkan storan & laluan utk air tersebut berputar & bertukar bentuk dr satu tahap ke tahap lain.

2. Sejatan
Proses penukaran air drp bentuk cecair kpd wap air apabila tekanan wap pd permukaan air lbh tinggi drp tekanan udara di dlm atmosfera yg belum mencapai tahap tepu. Memerlukan cukup haba utk memanaskan permukaan air yg membolehkan air tersejat.

3. Sejat peluhan

Mrjk kpd kehilangan air dari proses sejatan secara langsung, sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan. Sejat-peluhan adalah asal usul proses yg memulakan edaran air dlm kitaran hidrologi.

4. Sejat peluhan potensi

Kuantiti air yg blh disejatkan drp permukaan tanih & perpeluhan drp tumbuhan jika tanih itu mengalami lembapan yg optimum.

5. Sejat peluhan sebenar

Kuantiti air yg sebenarnya disejatkan drp tanih & perpeluhan tumbuhan dlm satu jangka masa yg tertentu di bawah keadaan lembapan tanih & tumbuhan yg berubah-ubah.

6. Pemeluwapan/ Kondensasi

Satu proses pertukaran wap-wap air kpd cecair spt hujan atau pepejal spt salji. Proses ini penting kpd kitaran air krn kondensasi penting dlm proses pembentukan awan utk menghasilkan hujan bagi mengembalikan air yg tersejat ke bumi.

7. Penyejukan adiabatik

Kejatuhan suhu dlm jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dlm atmosfera

8. Kerpasan:

Bermaksud lembapan yg terdpt di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dlm pelbagai bentuk pepejal seperti salji, hujan batu dan hujan beku serta bentuk cecair, iaitu hujan atau embun. Kesemua bentuk kerpasan ini turun ke permukaan bumi dlm intensiti yg berbeza.

9. Hujan

Titisan air yg turun dari awan. Terjadi melalui proses pemeluwapan sehingga terbentuk bintik-bintik air yg kemudiannya bercantum antara satu sama lain menjadi lbh berat & tepu sehingga melebihi daya apungannya dlm atmosfera lalu turun sbg hujan.

10. Hujan Perolakan

Bermula dgn sejatan yg berlaku di permukaan bumi atau lautan oleh bahangan bumi yg menyebabkan jisim udara mengembang & naik ke atas bersama-sama wap air di dlmnya. Udara yg naik ini mengalami penyejukan adiabatik sehingga mencapai takat embun (0o C) & awan ini dikatakan mencapai tahap tepu yg akan menurunkan hujan diserta kilat dan petir pada lewat petang.

11. Hujan Perenggan

Berkait dgn pertembungan dua jisim udara yg berlainan suhu. Apabila udara panas & udara lembap bertembung ia akan mewujudkan satu sempadan yg dikenali sbg garis/zon perenggan.

12. Hujan Bukit

Sering berlaku di banjaran gunung yg mengadap arah tiupan angin laut yg membawa awan lembap & dipaksa naik mengikut cerun bukit mengadapnya. Hujan turun bila udara mengalami penyejukan adiabatik.

13. Salji

Hablur-hablur ais yg terdiri drp pelbagai bentuk yg terjadi akibat pemeluwapan dlm jisim udara yg sedang naik & disejukan kpd suhu bwh dari takat beku. Salji terjadi apabila paras beku terlalu hampir dgn permukaan bumi (bwh drp 300 m) yg menyebabkan hablur ais tidak sempat cair sebelum tiba di bumi.

14. Hujan Beku

Hujan yg turun bercampur dgn salji. Berlaku apabila titisan air hujan yg jatuh melalui lapisan udara yg bersuhu takat beku maka titisan air juga akan membeku menjadi bintik ais yg kecil & jernih sifatnya.

15. Hujan Batu

Kerpasan dlm bentuk pepejal yg paling berat dan kasar. Terjadi dlm keadaan ribut atau angin kencang yg mengolakkan titisan hujan ke satu paras di bawah takat beku mengakibatkan titisan hujan akan membeku dan menjadi besar & berat & turun sbg bebola ais.

16. Embun Beku

Merupakan kabut beku terbentuk akibat mendapan kabut tebal apabila objek-objek bersuhu sub-beku bersentuhan dgn kabut. Kesannya bintik-bintik kabut yg halus akan membeku & melekat di permukaan yg sejuk tersebut.

17. Pintasan/ Cegat Silara

Merujuk kpd halangan drp kanopi (silara) tumbuhan terhdp air hujan yg turun. Halangan ini dtgnya dr daun , ranting, dahan, batang dll yg menyebabkan tdk 100 % titisan hujan akan menimpa bumi.

18. Air larian

Ditakrifkan sbg baki air hujan yg mengalir sama ada di atas permukaan bumi, subpermukaan atau dlm sungai setelah jmlh keseluruhan hujan ditolak dgn yg mengalami sejatan, pintasan, susupan & yg digunkan olh tumbuhan.

19. Air larian permukaan

Terjadi apabila keupayaan susupan tanah dilepasi dimana titisan air hujan tidak lagi dpt masuk ke dlm tanah apabila semua rongga- rongga porinya tepu dipenuhi air oleh titisan sebelumya.

20. Larian air subpermukaan

Air yg telah menyusup ke dlm tanah blh mengalir di bwh & hampir permukaan bumi bersama partikel-partikel tanah yg tdk stabil masuk ke dlm sungai.

21. Larian air dalam alur (sungai)

Kombinasi antara air larian, air hujan yg terus jatuh ke dlm sungai dan air dlm tanah yg juga memasuki sungai sbg aliran dasar akan terus mengalir dlm bentuk aliran sungai menuju ke laut.

22. Sungai Fana

Alur yg mengalirkan air semasa hujan atau sebaik shj salji cair. Bersifat aliran terus shj dan iannya terdapat di kws gersang atau separa gersang yg tdk mempunyai saluran yg kekal.

23. Sungai jeda

Alur yg mengalirkan air dlm jeda masa tertentu spt dua atau tiga bulan dlm setahun iaitu mengikut musim hujan shj & selebihnya adalah kering.

24. Sungai saka

Alur yg mengalirkan air sungai sepanjang tahun walaupun berlaku kemarau.

25. Susupan/ infiltrasi

Pergerakan air hujan yg berlaku secara menegak menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara yg ada di dlm tanah.

26. Sistem akuifer:

Bermaksud satu lapisan air bawah tanah yang terdapat di atas lapisan batuan tidak telap air membentuk stok air tanah yg banyak

27. Air Tanih

Ialah semua air yg terdpt di bwh permukaan bumi. Mewakili 95% drp keseluruhan sumber air tawar dunia yg blh digunakan. Berasal drp kerpasan khususnya air hujan & cairan salji yg mengalami susupan & tersimpan di lapisan akuifer.

28. Akuifer

Lapisan batuan yg boleh menakung dan membendung air. Bertindak sbg konduit utk air di dlm tanih mengalir menuju ke sungai.

29. Akuifug

Batuan yg blh menyimpan air tetapi tdk membenarkan air yg disimpannya mengalir. Cth batuan granit

30. Akuiklud

Batuan yg blh menyimpan air dan membenarkan air mengalir sbg aliran air tanih. Cth lapisan tanah liat dan batuan syal.

31. Keporosan

Mrjk kpd peratus liang pori atau ruang yg wujud antara partikel tanih atau antara mineral batuan yg blh diresapi dan ditakungi olh air tanih.

32. Ketertelapan

Merujuk kpd keupayaan sesuatu jenis batuan utk memindahkan air atau membenarkan air mengalir & meresap melaluinya.

33. Penahanan tentu

Satu ukuran keupayaan batuan menahan atau mengekalkan air selepas ketepuan dicapai.

34. Pekali keterusan

Mrjk kpd keupayaan akuifer utk mengalirkan air melalui satu unit ketebalan akuifer.

35. Pekali simpanan

Mrjk kpd keupayaan akuifer utk mengeluarkan isipadu air pd satu- satu masa tertentu.

36. Edaran air tanih

Mrjk kpd semua bentuk pergerakan air yg menggunakan tanih sbg medium spt aliran subpermukaan, susupan & pergerakan air secara mendatar dlm sistem akuifer.

37. Imbangan air /Imbangan hidrologi

Keseimbangan antara air yg diterima dr atmosfera (input: hujan embun, salji) olh permukaan bumi adalah sama dgn jmlh air yg keluar ke atmosfera (output: sejatan, sejat-peluhan, larian permukaan & storan dlm tanah).

38. Keseimbangan dinamik

Bermaksud keseimbangan air iaitu apabila nilai input, storan dan output tlh mencapai kestabilan w/pun nilai-nilainya sentiasa berubah dlm suatu jangka masa tertentu.

39. Imbangan air negatif

Ditakrifkan sbg kekurangan air yg dialami olh sebuah kws dlm tmph tertentu. Kadar sejatan melebihi kerpasan. Kesannya berlaku kemarau iaitu keadaan kering dan panas tanpa hujan dlm jangka masa yg panjang .

40. Imbangan air positif

Bermaksud jmlh kerpasan melebihi sejatan dlm tempoh yg pjg akan menyebabkan banjir. Banjir adalah keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluran spt sungai, tasik dan laut lalu mengalir melimpahi ke kws sekitar khususnya di kws tanah rendah.

41. Banjir sungai

Berlaku apabila isipadu air sungai adalah lbh besar berbanding kemampuan alur-alur sungai utk menampung isipadu air.

42. Banjir laut

Berpunca dari gelombang ombak yg besar (tsunami) yg menyebabkan kenaikan aras laut secara mendadak, air pasang besar yg berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan m/hari selari. Kesannya banjir ini merosakkan kws pertanian, petempatan & harta benda

43. Banjir Kilat:

Ditakrifkan sebagai peningkatan aras air permukaan yg cepat terutamanya di kws bandar yang disebabkan curahan hujan lebat dlm tempoh masa yang singkat dan air akan surut dlm tempoh yg singkat juga.

44. Banjir tasik

Berlaku apabila paras air dlm tasik meningkat naik melebihi daya tampung tasik tersebut di sebabkan hujan lebat berterusan dan pencairan salji.

45. Kemerosotan Kualiti Sumber air

Bererti pencemaran terhdp sumber air iaitu sumber air bersih sama ada dr sungai, tasik, laut, kolam dan takungan s/jadi, air bawah tanah dan air hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. Indeks kemerosotan kualiti air bersih di ukur melalui indikator spt Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria Echerichia Coli, kandungan ammoniakal nitrogen (NH3-N), kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) dan perubahan warna dan bau di dlm sesuatu sumber air.

46. Hidrologi bandar:

Satu edaran hidrologi tempatan yg melibatkan tiga medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan sumber air di bandar.

47. Pengurusan air Lestari

Melibatkan perancangan, analisis, penilaian, penggunaan, impak dan ramalan terhadap sumber air secara sistematik, cekap & optimum tanpa membazir utk menjamin bekalan air kpd pengguna sentiasa bersih dan berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan