Khamis, 12 Mei 2011

Definisi 2


Unsur Cuaca dan Iklim, Sinaran dan Bahangan serta Bajet Haba

Konsep dan Huraian

1. Cuaca

Mrjk kpd fenomena harian yg sentiasa berubah mengikut masa dan tempat. Cth, cuaca tempat A tidak sama dgn tempat B w/pun hanya beberapa kilometer.

2. Iklim

Mrjk kpd purata unsur cuaca spt suhu, hujan, kelembapan udara dlm temph 35 thn dan iklim meliputi skala yg luas spt sebuah negara atau wilayah.

3. Suhu

Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat kesan bahangan matahari. Index suhu diukur dlm unit darjah celsius dgn menggunakan alat Termometer Six.

4. Kerpasan

Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur kerpasan yg paling penting ialah hujan. Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan dan kondensasi.

5. Kelembapan udara

Mrjk kpd jmlh wap air yg terdpt dlm udara pada masa-masa tertentu.

6. Kelembapan mutlak

Kandungan wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara pd satu masa (dinyatakan dlm unit gram semeter padu gm/m3)

7. Kelembapan bandingan

Nisbah jmlh wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara berbanding dgn jmlh wap air yg boleh ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu tertentu (dinyatakan dlm bentuk peratus). Kelembapan bandingan 100 peratus menandakan udara mencapai tahap tepu dan berada pd takat suhu mengembun.

8. Awan

Merupakan titisan air yg sgt halus yg berdiameter antara 0.02mm – 0.06 mm serta terapung di udara. Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera.

9. Tekanan udara

Merupakan tekanan yg dihasilkan oleh atmosfera terhdp permukaan bumi. Berubah-ubah mengikut ketinggian. Disukat dengan alat barometer aneroid dlm unit milibar (mb).

10. Angin

Adalah udara yg bergerak mendatar. Bertiup dari kws tekanan udara tinggi ke kws tekanan udara rendah. Alat yg digunakan utk mengukur halaju angin ialah anemometer dan kesan halajunya dilihat berdasarkan skala Beufort .

11. Bajet haba/ Imbangan haba

Kesimbangan yg berlaku antara jmlh bahangan m/hari yg msk ke sistem bumi dgn jmlh bahangan bumi yg dibebaskan semula ke angkasa.

12. Serakan

Partikel-partikel dlm atmosfera akan menyerak bahangan m/hari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya. Serakan bergantung kepada saiz partikel berbanding dgn jarak gelombang bahangan suria.

13. Serakan Rayleigh

Berlaku sekiranya saiz partikel lebih kecil dari jarak gelombang (0.45 mikron) menyebabkan langit berwarna biru.

14. Serakan Mei

Berlaku sekiranya saiz partikel sama besar dgn jarak gelombang menyebabkan langit berwarna kekuningan.

15. Serapan

Bahangan m/hari diserap oleh waip air + karbon dioksida (15%) dan ozon (2%). 36% mengalami albedo (pembalikan olh sistem bumi). 47% shj sampai ke permukaan bumi.

16. Balikan/pantulan

Bahangan m/hari akan dipantulkan semula ke angkasa lepas apabila terkena partikel-partikel yg berwarna cerah seperti manik hujan.

17. Albedo

Darjah keputihan atau kecerahan permukaan bumi yg memantulkan kembali sinaran m/hari. Ini bermakna nisbah antara cahaya yg dipantulkan dgn cahaya yg diterima olh permukaan bumi.

18. Output suria

Kadar pengeluaran tenaga elektromagnet olh pusat m/hari. Bergantung kpd kadar pertukaran hidrogen kpd helium. Jika byk hidrogen di tukar kpd helium maka suhu m/hari menjadi lbh panas dan tenaga elektromagnet yg terhasil juga tinggi.

19. Kadar tukaran normal

Bagi setiap kenaikan 100 meter suhu akan jatuh sebanyak 0.65o C.

20. Olak suhu

Keadaan yg wujud apabila semakin tinggi muka bumi suhu sekitarnya juga akan meningkat.

21. Olak suhu permukaan

Berlaku hampir dgn permukaan bumi pada waktu malam akibat penyerapan bahangan bumi olh lapisan bawah atmosfera.

22. Olak suhu di atas permukaan

Terjadi di lapisan atmosfera atas yg jauh dr permukaan bumi. Berlaku akibat pertembungan dua jisim udara yg panas dan sejuk yg mempunyai ketumpatan yg berlainan. Akibat pertembungan, jisim udara panas akan naik ke atas manakala jisim udara sejuk akan turun ke bawah. Justeru itu akan kedapatan peningkatan suhu apabila ketinggian meningkat.

23. Wap air

Indeks yg menerangkan keadaan kelembapan atmosfera.

24. Kelembapan udara

Merujuk kpd jmlh wap air yg terdpt dlm udara pada masa-masa tertentu.

25. Kelembapan mutlak

Kandungan wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara pd satu masa (dinyatakan dlm unit gram semeter padu gm/m3)

26. Kelembapan bandingan :

Nisbah jmlh wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara berbanding dgn jmlh wap air yg boleh ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu tertentu (dinyatakan dlm bentuk peratus). Kelembapan bandingan 100 peratus menandakan udara mencapai tahap tepu dan berada pd takat suhu mengembun.

27. Sejatan

Proses penukaran air drp btk pepejal atau cecair kpd wap air. Biasa berlaku pd permukaan air spt laut. Sungai, tasik, kolam dan paya. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pd permukaan air adlh lbh tinggi drp tekanan wap air di dlm atmosfera yg belum mencapai takat tepu.

28. Pemeluwapan

Perubahan wap air kpd cecair. Berlaku apabila udara lembap yg naik ke atas telah sampai ke takat tepu (1000 m tinggi). Hasilnya terbentuk awan yg apabila mencapai takat tepu akan menurunkan kerpasan khususnya hujan.

29. Penyejukan alir lintang

Berlaku apabila udara yg bersempandanan dgn permukaan bumi mengalir dr kws yg panas ke kws yg sejuk. Sekiranya udara itu disejukan sehingga ke takat suhu embun maka akan terbentuk kabus alir lintang dan juga awan jenis stratus yg rendah.

20. Penyejukan sinaran

Berlaku pd waktu malam dlm keadan langit cerah dan udara tenang. Dlm keadaan ini byk bahangan bumi terus terbebas ke angkasa tanpa halangan. Kesannya jisim udara yg tenang blh disejukan dgn mudah hingga takat suhu embun (0o C) membentuk embun dan kabus sinaran.

31. Penyejukan adiabatik

Semakin tinggi jisim udara maka suhu dalamnya akan menurun sehinggan takat suhu embun. Jisim udara yg menaik menyebabkan isipadunya mengembang menyebabkan haba semakin berkurangan sehingga ke takat embun yg akan menghasilkan awan tebal spt awan kumulonimbus.

32. Nukleas pemeluwapan

Mempercepatkan proses pencantuman wap-wap air dlm udara utk berubah menjadi cecair. Dikenal juga sbg Nukleas Higroskopik spt natrium klorida, nitrik oksida, asid sulfirik.

33. Kerpasan

Lembapan yg terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sb KHS Terbilang 2010 cecair atau pepejal. terdapat dalam berbagai bentuk spt hujan, salji, hujan beku, hujan batu, embun beku.

34. Tekanan Udara:

Ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh suatu jisim udara yg berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan lazimnya diukur menggunakan unit milibar (mb).

35. Atmosfera :

Udara nipis yg terdiri drp empat lapisan yg tidak sama tebal mengikut garislintang, mengandungi pelbagai jenis gas dan berkedudukan hampir dgn permukaan bumi krn adanya tarikan graviti serta bergerak bersama-sama pergerakan bumi mengelilingi m/hari.

36. Pulau Haba:

Didefinisikan sbg keadaan suhu di kws pusat bandar yg lebih tinggi berbanding dgn taburan suhu di kws pinggir atau luar drp kws bandar berkenaan.

37. Pemanasan Global:

Fenomena peningkatan suhu bumi drp keadaan biasa yg berpunca drp tindakan manusia dan juga faktor semulajadi.

38. El-Nino:

Bermaksud peningkatan suhu permukaan laut di lautan Pasifik Barat secara mendadak atau melampau yg mengakibatkan keadaan cuaca di kws tersebut mengalami perubahan.

39. La-Nina

Satu fenomena s/jadi yg berlawanan dgn El-nino. La-nina biasanya membawa hujan lebat. Dan mungkin menyebabkan banjir besar.

40. Mikroiklim Bandar:

Bermaksud keadaan iklim bagi satu kws bandar dgn ciri-ciri cuaca yg tersendiri akibat pengaruh ciri permukaan bandar.

41. Kesan rumah hijau

Mrjk kpd pemerangkapan bahangan m/hari oleh lapisan selimut karbon dioksida yg terbentuk di ruang atmosfera.

42. Penipisan lapisan ozon

Merujuk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen (O3) yg selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan stratosfera.

43. Pencemaran udara

Didefinisikan sbg kehadiran satu atau lebih drpd bhn cemar spt gas, bhn berbau, habuk, zarah, debu, dan sbgnya di dlm atmosfera yg mana ia blh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya blh memberi kesan negatif sama ada kpd manusia, tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kws.

44. Jerebu

Ditakrifkan sbg partikel terampai di atmosfera dlm kepekatan tinggi. Terbentuk dlm keadaan cuaca kering dan udara yg stabil yg menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti atmosfera.

45. Hujan asid

Air hujan yg mengandungi tahap keasidan yg tinggi ( pH kurang dari 5) spt air hujan yg mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Berlaku apabila bhn-bhn pencemar udara spt sulfur dioksida, nitrogen dioksida bertindak sbg nukleas kondensasi mencatumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan