Jumaat, 22 April 2011

Definisi

Terminologi / Konsep 942/1 Geografi Alam Sekitar Fizikal

Sumber : Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah Geografi Alam Sekitar Fizikal

TEMA 1 – Sistem Bumi

Bab 1 :Konsep dan Huraian

1. Sistem Alam Sekitar Fizikal:

Ditakrifkan sbg satu set angkubah atau unsur-unsur yg saling bertindak antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yg dpt masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan semulajadi di mana inputnya terdiri drp tenaga suria, karbon dioksida dan air yg datang dari atmosfera. Outputnya pula spt wap air yg dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui proses fotosintesis.

2.Sistem Atmosfera:

Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara kelembapan udara, tiupan angin yg berlaku di ruang atmosfera.

3. Sistem Geomorfologi:

Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yg makro atau yg mikro.

4.Sistem Hidrologi:

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air permukaan spt sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah.

5.Sistem Ekologi:

Mengkaji habitat fauna dan flora yg dibahagikan kpd ekosistem yg berantaian antara satu sama lain spti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.

Bab 2 : Konsep dan Huraian

1. Sistem Suria:

Satu sistem yg terdpt dlm galaksi Bima sakti yg terdiri drp planet- planet dan bintang-bintang yg mengelilingi m/hari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri drp 8 buah planet setelah Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa).

2. Nebula atau Galaksi:

Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sbg Bima Sakti/Milky Way yg mengandungi sehingga 100 bilion bintang.

Bab 3: Konsep dan Huraian

1. Tenaga:

Satu daya atau kemampuan utk mengoperasikan kerja atau menghasilkan sesuatu. Tenaga terdpt dlm pelbagai bentuk spt tenaga haba, tenaga kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, dan juga tenaga elektrik.

2. Tenaga Endogenik:

Tenaga dalaman yg berpunca dari perut bumi spt tenaga graviti, radiogenik dan juga tenaga haba.

3.Tenaga Eksogenik:

Tenaga yg berpunca dari luar bumi iaitu dari m/hari (hasil tindakbalas nukleus:- atom-atom hidrogen berpadu membentuk helium) yg diterima bumi dlm bentuk bahangan yg kemudiannya ditukar kpd tenaga haba.

4. Tenaga potensi:

Tenaga keupayaan yg dimilki dan disimpan dlm sesuatu jasad krn kedudukan dan keadaannya. Contoh; air sungai – semakin byk isipadu air sungai semakin besar tenaga potensinya.

5. Tenaga kinetik:

Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kpd halaju pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad semakin tinggi tenaga kinetik yg terhasil.

6. Tenaga Graviti:

Tenaga yg dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah. Ia bergantung kpd saiz jisim dan ketinggian jisim itu.

7. Tenaga Haba:

Tenaga kepanasan sesuatu jisim yg diukur dlm unit darjah celsius. Terbahagi dua iaitu:

- Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yg terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas.

- Tenaga haba pendam iaitu tenaga yg terkandung dlm sesuatu jisim sehingga dibebaskan.

8. Sinaran suria:

Merujuk kpd bahangan m/hari yg diterima bumi dlm bentuk gelombang pendek (0.48 mikron)

9. Sinaran bumi:

Dikenali sebagai bahangan teresterial yg dibebaskan ke atmosfera dlm bentuk gelombang panjang (10 mikron).

10. Afelion:

Kedudukan Bumi paling jauh dari M/hari 152 juta km.

11. Perihelion:

Kedudukan Bumi paling hampir dgn M/hari 147 juta km.

12. Hukum Boyle:

Apabila suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah. Angin akan bertiup dari kws tekanan tinggi ke kws tekanan rendah

Tema 2: Sistem Geomorfologi

Bab 4:Konsep dan Huraian

1. Proses Geomorfologi Semua proses fizikal, kimia dan biologi yg bertanggungjawab membentuk, memperkembang dan mengubah bentuk muka bumi sama ada secara makro atau mikro

2. Proses Endogenik

Proses yg berasal dari dlm kerak bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi aktiviti igneus dan metamorfosisme batuan

3. Proses Eksogenik:

Proses yg beroperasi di permukaan bumi seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim..

4. Pemulihan Isostasi

Proses pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila berlaku penambahan berat beban dan pengurangan berat beban di permukaan bumi.

5. Proses Luluhawa

Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara in-situ (setempat).

6. Proses hakisan

Proses penghausan yg di alami permukaan bumi akibat tindakan agen yg bergerak spt air mengalir, angin, ombak dan glaseir.

Hakisan Geologi- hakisan secara semulajadi di kws yg belum diganggu.

Hakisan Tanih – hakisan berpunca drp tindakan manusia apabila manusia menganggu keadaan semulajadi.

7. Proses pengangkutan

Proses pemindahan bahan-bahan yg diluluhawa/dihakis oleh agen- agen yg bergerak spt air mengalir, angin, ombak dan glaseir

8. Proses pemendapan

Proses longgokan bahan-bahan hakisan setelah daya pergerakan agen pengangkutan telah berkurangan/perlahan

9. Proses gerakan jisim

Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti sama ada secara perlahan, cepat atau serta merta

Bab 5:Konsep dan Huraian

1. Geologi atau batuan

Komponen semulajadi mineral spt mika, kuartza, feldsfar, kalsium, karbonat yg terikat secara langsung menerusi pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat spt koalin, kapur, oksida menerusi proses simentasi/penyimenan.

2. Batuan Igneus

Terbentuk hasil pembekuan magma didlm rekahan kerak bumi (igneus rejahan) cth, granit atau di permukaan bumi (igneus terobosan) cth, Basalt.

3. Batuan Enapan

Batuan yg terbentuk hasil pemendapan bahan-bahan mendapan sungai, ais dan angin yg mengalami proses pemadatan dan simentasi. Cth, batu kapur, batu arang, batu garam, syal

4. Batuan Metamorfosis

Batuan jelmaan yg mungkin berasal dari batuan igneus atau batuan enapan yg mengalami tekanan dan suhu yg tinggi. Cth, batu marmar

Bab 6: Konsep dan Huraian

1. Hanyutan Benua: stpm 2006

Bermaksud benua tunggal pada satu masa dahulu yg dikenali sbg Pangea telah berpecah kpd dua bahagian yg utama, iaitu Laurasia dan Gondwanaland. Kemudian kedua-dua benua ini hanyut lalu membentuk benua-benua yg ada sekarang. Kejadian ini berlaku berjuta-juta tahun yg lalu.

2. Gempa Bumi: stpm 2005

Ditakrifkan sbg pembebasan tenaga berlaku secara tiba-tiba dari pusat gempa yg lazimnya menghasilkan gelombang kejutan yg berpunca drp sesaran di sepanjang garis gelinciran.

3. Gempa tektonik

Disebabkan perlepasan tenaga secara tiba-tiba apabila plat tektonik bertembung , mencapah dan bergesel antara satu sama lain.

4.Gempa Vulkanik

Terjadi semasa letusan gunung berapi yg sangat kuat

5. Tsunami

Ombak besar yg terhasil akibat gempa bumi dasar laut, letusan

gunung berapi di dasar laut serta hempasan meteor di laut


Bab 7:Konsep dan Huraian

1. Lipatan KerakBumi

Merupakan bentuk alunan yg terdpt pada batuan kerak bumi akibat daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara plat-plat tektonik

2. Gelinciran atau sesar

Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan kerak bumi atau blok batuan dari tempat asalnya sama ada secara mendatar atau menegak.

Bab 8: Konsep dan Huraian

1. Proses Luluhawa

Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara in-situ (setempat).

2. Luluhawa Kimia

Semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas dgn air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer kpd peringkat sekunder.

3.Luluhawa Fizikal

Proses penyepaian atau pemecahan batuan akibat tindakbalas unsur- unsur iklim spt suhu

4.Luluhawa Biologi

Tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia sama ada secara fizikal atau kimia yg dpt memecah dan mengurai batuan

5. Pergerakan Jisim: stpm 2008

Bermaksud pergerakan bahan-bahan pepejal spt batu, tanih dan cecair spt lumpur dari atas cerun ke bawah cerun akibat tarikan graviti yg berlaku secara cepat atau perlahan.

6. Aliran lambat

Pergerakan regolit dan tanah-tanih secara perlahan menuruni cerun. Tidak dpt dilihat dgn mata kasar tetapi dpt dikesan melalui kecondongan tiang elektrik, pokok atau tiang pagar disesuatu tempat berbanding kedudukan asalnya.

7. Aliran Cepat

Pergerakan regolit, tanih atau lumpur pada kadar yg lebih cepat dan di atas cerun yg lebih curam berbanding aliran lambat.

8. Geluncuran

Pergerakan tanah-tanih, regolit dan bongkah batuan secara besar- besaran di cerun-cerun curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih cepat dan secara tiba-tiba berbanding dgn proses aliran cepat.

9. Runtuhan

Pergerakan regolit di cerun yg sangat curam dan tegak spt di tebing

tinggi, bahu-bahu bukit yg ditarah

Bab 9:Konsep dan Huraian

1. Hakisan

Apa? - Proses penghausan yg di alami permukaan bumi akibat tindakan agen yg bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir.

Bagaimana? - berlaku krn ada tenaga kinetik dan geseran semasa agen-agen hakisan bergerak menuruni permukaan bumi.

Contoh – Hakisan tanih Hakisan Geologi - hakisan secara s/jadi di kws yg belum diganggu. Berlaku secara perlahan & mengambil masa yg lama & melibatkan keseluruhan permukaan bumi.

Hakisan Tanih – hakisan berpunca drp tindakan manusia apabila manusia menganggu keadaan s/jadi.

2. Hakisan Galir

Mrjk kpd hakisan di dlm alur-alur yg kekal dan mempunyai air semasa hujan lebat. Alur –alur ini lbh besar drp gegalur & biasa wujud lbh lama. Terhad dlm alur-alur kekal shj.

3. Hakisan Galur

Mrjk kpd hakisan oleh air larian permukaan di dlm alur-alur yg kecil & bersifat sementara. Liputan hakisan ini lbh meluas berbanding dgn hakisan galir. Kesan gegalur mudah dilihat ditebing-tebing cerun yg sudah dipotong.

4. Larian air permukaan

Dikenali juga sebagai larian Horton iaitu baki air yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara, yang meresap ke dalam bumi dan juga yang digunakan oleh tumbuhan selepasa kerpasan.

5. Lembangan saliran

Mrjk kpd kws legeh sungai. Ia terdiri drp sungai induk dan cawangan-cawangannya yg disempandani olh garisan legeh yg memisahkannya dgn lembangan sungai yg lain. Serikali lembangan saliran juga menjadi kws tadahan air.

6. Hakisan Mendalam

Melibatkan kerja-kerja mengorek dasar sungai oleh air sungai yg bergerak secara pusaran. Ianya terjadi di hulu sungai. Hakisan mendalam sungai bertujuan mencapai tahap keseimbangan sungai (proses balik muda) hasil dari kejatuhan aras laut.

7. Hakisan Melebar

Melibatkan kerja-kerja penghakisan dan penghausan yg berlaku pada tebing alur sungai. Hakisan ini juga di kenali sbg hakisan mendatar yg boleh berlaku pada kedua-dua bahagian tebing alur sungai. Amat berkesan semasa kejadian banjir.

8. Hakisan Mengundur

Melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu krn adanya takat terjun spt jeram dan air terjun di pangkal alur tersebut.

9. Tindakan Hidraulik

Merupakan tindakan hakisan yg dilakukan oleh air di dlm alur sungai itu sendiri tanpa melibatkan bahan yg dibawa. Kuasa air sungai wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur batuan yg lemah.

10. Hakisan geselan/ lelasan

Proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai apabila bahan-bahan yg dibawa oleh sungai seperti kelikir , batu tongkol bergeser dgn tebing dan dasar alur sungai.

11. Hakisan lagaan

Merupakan pelanggaran antara bahan-bahan yg dibawa oleh air sungai dgn tebing dan alur sungai atau pelanggaran sesama sendiri bahan itu.

12. Hakisan Larutan

Mrjk kpd tindakbalas secara kimia antara air sungai dgn mineral geologi yg membentuk tebing dan dasar alur sungai.

13. Pengangkutan sungai

Adalah proses pemindahan bahan-bahan yg ada di dlm alur sungai atau muatan sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilirnya serentak dgn aliran sungai tersebut.

14. Proses Golekan/ seretan

Proses menyeret beban sungai yg kasar, berat dan tumpat. Memerlukan tenaga kinetik yg kuat dan pergerakan beban bergantung kpd isipadu & halaju arus sungai.

15. Proses lompatan/ saltasi

Proses pengakutan beban sungai yg bersaiz kecil serta bersegi-segi spt pasir dan kerikil.

16. Proses Ampaian

Pengangkutan beban yg ringan dan mempunyai daya apungan spt daun kayu.

17. Proses larutan

Bahan-bahan yg bersifat kimia terlarut akan dibawa oleh air sungai dlm bentuk larutan. Cth kalsium karbonat, gipsum, silika, amonia, sulfur, potaysium yg amat mudah terlarut dlm air.

18. Aliran Laminar

Bergerak secara lurus, perlahan dan berlaku pada musim kemarau

19. Aliran Turbulen

Bergerak secara berpusar , laju dan berlaku pd musim banjir.

20. Pemendapan sungai: stpm 2007

Penimbunan atau longgokan bhn spt pasir dan kelikir yg diangkut oleh sungai dari bahagian atas sungai ke peringkat rendah dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin perlahan khasnya di kws yg bercerun landai.

21. Delta

Bentuk bumi pemendapan yg terhasil di hilir sungai. Terdiri drp timbunan kelodak, lumpur, lempung, tanah liat, pasir dan bahan- bahan ampaian. Alur-alur sungai lazimnya berselirat di atas delta. Kewujudan delta mencerminkan proses luahan (discaj) enapan berlaku di muara sungai.

22. Profil rentas sungai

Profil rentas sungai merupakan gambaran bentuk lembangan sungai dari satu tebing ke satu tebing di mana-mana bahagian sungai.

23. Profil panjang sungai

Profil panjang sungai merupakan bentuk lembah dari satu poin ke satu pointertentu di sepanjang lembah sungai yang merujuk kepada kawasan sungai yang bermula di tanah tinggi hingga ke muara sungai yang mempunyai kecerunan yang berbezadan pelbagaibentuk muka bumi yang berbeza

24.Pantai

Satu zon yg terletak di antara tikas air pasang dgn tikas air surut. Terdiri drp bahan mendak yg peroi spt pasir , kulit kerang, dan siput serta kelodak dan lumpur.

25. Ombak

Ombak Pembina: mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai

Ombak Pembinasa: menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yg telah dibina berlaku ketika ribut

26. Arus pesisir pantai

Dikenali juga sbg hanyutan pesisir pantai terhasil drp perbezaan sudut damparan & balikan ombak. Bergerak di spjg garis pantai & mengangkut bhn pantai secara “zig-zag”

27. Arus pasang surut

Agen pasang surut juga blh mempengaruhi bentuk muka bumi di zon pinggir pantai khususnya di kws muara sungai. Pasang surut terjadi akibat putaran bumi di atas paksinya.

28. Profil pantai seimbang: stpm 2007

Mrjk kpd kadar hakisan dan pemendapan adalah sama atau hampir sama. Keadaan pinggir laut asal lebih curam menyebabkan hakisan berlaku ke arah daratan dan mendapan berlaku ke arah laut dan jika pinggir laut asal lebih landai, pemendapan akan berlaku di pantai manakala hakisan berlaku ke arah laut.

29. Zon Pinggir Pantai: stpm 2008

Bermaksud kws pertemuan antara air laut dgn daratan pantai yang merangkumi kws antara takat air pasang dan takat air surut.

30. Groin

Struktur yg pendek dibuat drp konkrit atau batu yg dibina menganjur ke laut dlm keadaan bersudut tepat dgn garis pantai. Bertujuan utk memerangkap enapan pasir yang dibawa oleh ombak dan juga arus pesisir pantai. Memperlahankan hakisan pantai.

31. Perubahan aras laut

Kenaikan atau penurunan aras laut berbanding dengan aras daratan.

32. Perubahan eustatik

Perubahan yang dilami oleh aras laut di seluruh dunia dlm keadaan aras daratan tidak berubah, berkait rapat dgn pencairan glasier pd zaman ais pliestosien.

33. Perubahan Isostatik

Perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami pertambahan atau pengurangan berat beban. Beban bertambah – blok bumi menurun- aras laut naik. Beban berkurang – blok bumi menaik – aras laut jatuh.

34. Pantai Fiord Terjadi apabila aras luat naik menenggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang terletak di pinggir pantai. Mempunyai lurah yang curamm panjang dan dalam kerana asalnya ia merupakan sungai glasier.

35. Pantai Ria

Terbentuk apabila aras laut naik menenggelamkan sebahagian drp pinggir pantai asal yang bertanah tinggi dan bergunung ganang.

36. Pantai Dalmatia

Terbentuk apabila kenaikan aras laut dan menenggelamkan pinggir laut yang mempunyai banjaran gunung yang terletak selari atau memanjang dengan garis panta

6 ulasan:

  1. sangat membantu bolehkan saya copy bahan ini...untuk dikongsi bersama ..

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas bahan rujukan ini.

    BalasPadam
  3. nama penuh cikgu ape ye? sy nk gune utk tesis.

    BalasPadam
  4. Salam cikgu, minta izin copy bahan ini. Terima kasih

    BalasPadam
  5. salam cikgu.. minta copy bahan ini.. cikgu dan cikgu Fairani md Busu the best

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum cikgu.. Saya nak minta izin copy nota ni.. Terima kasih

    BalasPadam