Selasa, 8 September 2009

TEMA : SISTEM EKOLOGI

Konsep Ekosistem
Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan lain dan alam sekitarnya

Komponen biotik
Komponen yang terdiri daripada organisma hidup yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai.

Komponen abiotik
Terdiri daripada benda bukan hidup yant termasuk pelbagai jenis gas, air dan galian.

Kitar nutrien
Kitar nutrien ialah aliran yang berterusan unsur dan bahan kimia seperti oksigen, karbon , nitrogen dan air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.

Rantaian makanan
Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala.

Pengeluar
Tumbuhan yang merupakan autotrof yang boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.

Pengguna
Kumpulan heterotrof iaitu organisma hidup yang bergantung kepada pengeluar atau organisma lain untuk mendapat tenaga/makanan.

Pengguna primer
Pengguna pertama yang memakan pengeluar untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna sekunder
Pengguna kedua yang memakan pengguna pertama untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna tertier
Pengguna ketiga yang memakan pengguna kedua untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengurai
Organisma yang menguraikan tumbuhan/organisma yang reput/mati dan mengembalikan nutrien kepada tanah.

Piramid Ekologi
(piramid tenaga)
Satu hierarki yang menggambarkan hubungan rangkaian makanan antara satu aras trofik dengan aras trofik yang lain dalam sesuatu ekosistem. Selain menunjukkan jumlah organisma dalam setiap aras trofik, piramid ekologi penting dalam menjelaskan pengaliran tenaga daripada pengeluar, penggunaan tenaga tersebut , simpanan dan kehilangan tenaga.


FUNGSI EKOSISTEM
a) aliran tenaga
Hubungan dan interaksi antara organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga berlaku apabila proses makan dimakan berlaku. Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan.
b) kitaran nutrein
Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara komponen biotik dan abiotik. Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem) dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem)

KEPENTINGAN EKOLOGI KEPADA MANUSIA
a)Pembalakan
Ekosistem hutan membekalkan pelbagai jenis pokok balak yang boleh menggalakkan pembalakan. (ekosistem daratan)
b) Hasil hutan
Ekosistem daratan terutamanya hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil hutan seperti rotan hutan .
c) Perubatan
Ekosistem daratan seperti di hutan ada herba-herba seperti tongkat ali dan kacip fatima yang ada nilai perubatan. Di ekosistem lautan pula terdapat gamat dan spirulina yang ada nilai perubatan.
d) Pelancongan/ Ekopelancongan
Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan penting untuk sektor pelancongan dan rekreasi.
e) perikanan/ akuakultur
Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin yang banyak. Disamping boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup.

GANGGUAN MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM
a) pertanian
Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan mengganggu kandungan asid atau alkali dan nutrien tanah. Ini akan mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.

b) penyahutanan
Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian, urbanisasi akan mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma hidup musnah dan penyesuaian semula perlu dibuat oleh organisma.

c) perlombongan
Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang seterusnya akan memberi kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam lautan.

) pelancongan
Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti membuang sampah merata-rata,membuat ungun api akan mengganggu habitat dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem.

e) Industri
Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air dan seterusnya mengganggu hidupan akuatik. Pembebasan asap-asap yang bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia boleh menyebabkan hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan.

GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM
a) letusan gunung berapi
Gas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan memusnahkan habitat dan mengganggu ekosistem.

b) taufan
Keadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu keseimbangan ekosistem kerana boleh memusnahkan habitat dan organisma dalam ekosistem.

c) gerakan jisim
Proses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat dan mengganggu ekosistem.

d) banjir
Kejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu ekosistem. Ini akan mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem.

e) kemarau/ kebakaran semulajadi
Kejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah menyebabkan banyak kebakaran semulajadi di hutan. Kebakaran ini telah memusnahkan pelbagai organisma dan mengganggu keseimbangan ekosistem.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAM SEKITAR
a) langkah perundangan
Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air .

b) kempen
Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjaga alam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta.

c) pendidikan
Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran seperti sivik, geogafi, pendidikan moral.Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti ” go green” melalui persatuan atau kelab alam sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.

d) hutan simpan/ taman negara
Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalam sesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin.

e) pengurusan/ pengawalaseliaan
Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar. Misalnya
Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan dan pemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan